awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratifikasi Konvensyen C155 tingkat keselamatan, kesihatan pekerja

Kenyataan Media
Kenyataan Media
19/06/2024
03:00 MYT
Ratifikasi Konvensyen C155 tingkat keselamatan, kesihatan pekerja
Mohd Effendy memaklumkan usaha ini akan membantu mengurangkan kemalangan di tempat kerja dan penyakit dengan menyediakan langkah-langkah pencegahan. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan meratifikasi Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) akan meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja yang menetapkan garis panduan untuk memastikan persekitaran kerja selamat dan sihat.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani dalam satu kenyataan memaklumkan usaha ini akan membantu mengurangkan kemalangan di tempat kerja dan penyakit dengan menyediakan langkah-langkah pencegahan yang berkesan.
Ini termasuk tanggungjawab majikan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan memastikan pematuhan terhadap standard keselamatan ditetapkan.
Dalam pada itu, konvensyen ini dapat menggalakkan pendidikan dan latihan berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan berterusan serta memberi kesedaran kepada pekerja tentang bahaya di tempat kerja.
Penglibatan Pekerja dalam Proses Keselamatan di dalam Konvensyen No 155 ini turut menekankan kepentingan penglibatan pekerja dalam perbincangan mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sekali gus memberi pekerja lebih suara dan peranan aktif dalam memastikan keselamatan mereka.
Konvensyen ini juga akan meningkatkan kepercayaan dan Kepuasan Pekerja bahawa mereka terus dihargai dan dilindungi sekali gus meningkatkan moral pekerja dan mengurangkan kadar pusing ganti pekerja.
Sementara itu, di bawah Kepimpinan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, MTUC berharap lebih banyak kovensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dapat diratifikasikan seperti konvensyen no. 87, Kebebasan Berpersatuan dan Perlindungan Hak Berorganisasi selaras dengan pindaan Akta Kesatuan Sekerja serta Konvensyen no. 190, Penghapusan Keganasan dan Gangguan seiring dengan pindaan Akta Kerja baharu 2022.
Topic Berkaitan
#MTUC
#Steven Sim
#Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa ILO
#Mohd Effendy Abdul Ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan