KUALA LUMPUR: Ratu Elizabeth II adalah contoh seorang raja berperlembagaan yang baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata kemangkatan baginda bukan sahaja satu kehilangan kepada Britain, malah kepada mereka yang percaya kepada kedaulatan undang-undang.
"Saya berasa sedih dengan kemangkatan baginda. Baru dua hari sebelum itu baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri United Kingdom yang baharu..." katanya dalam perkongsian di akaun media sosialnya hari ini.
Istana Buckingham pada 8 Sept mengumumkan kemangkatan Ratu Elizabeth pada usia 96 tahun.
Dr Mahathir turut berkongsi pengalamannya bertemu baginda dalam banyak acara, terutama ketika mesyuarat Komanwel.
Menurut Mahathir, sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, Ratu Elizabeth melawat Malaysia sebanyak dua kali iaitu ketika Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel dan pada Sukan Komanwel.
Katanya baginda juga seorang yang berkeperibadian tinggi.
"Saya tidak menjangkakannya (kemangkatan baginda), baginda hanya setahun lebih muda daripada saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022
Dr Mahathir berkata kemangkatan baginda bukan sahaja satu kehilangan kepada Britain, malah kepada mereka yang percaya kepada kedaulatan undang-undang. - Gambar fail/ Shahir Omar
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Raja Charles III miliki tabiat pelik? Ini info menarik tentang Raja Britain baharu
Meskipun bergelar seorang raja, baginda tetap seorang manusia biasa yang mempunyai tabiat dan hobi yang tidak diketahui orang ramai.
Raja Charles III sukar menandingi kegemilangan pemerintahan mendiang ibu
Pengaruh Raja Britain baharu iaitu Raja Charles III dilihat sukar menandingi era kegemilangan pemerintahan mendiang ibunya, Ratu Elizabeth II.
Rakyat Britain di Malaysia raikan pertabalan bersejarah Raja Charles III
Majlis tontonan istiadat pertabalan itu dihadiri 80 tetamu termasuk 20 ketua perwakilan diplomatik di Malaysia.
Raja Charles III kini ditabal sebagai Raja Britain
Istiadat kemahkotaan Raja Britain Raja Charles III telah berlangsung Westminster Abbey London pada Sabtu.
Istiadat Pertabalan Raja Charles III: Polis London tahan beberapa individu mencurigakan
Polis Metropolitan London memaklumkan terdapat penangkapan beberapa para penentang kerajaan anti-monarki di kota itu pada pagi ini.
Camilla Shand: Apa yang perlu anda tahu mengenai bakal Permaisuri Britain?
Dengan pertabalan Raja Charles III menaiki takhta, Camilla bakal menjadi Permaisuri Britain yang baharu sekali gus mengambil peranan baharu di sisi Raja Charles III.
Pertabalan Raja Charles III: Kenali latar belakang bekas Putera Wales
Raja Charles III atau nama sebenarnya Charles Philip Arthur George merupakan putera sulung kepada Ratu Elizabeth II dilahirkan pada 14 November 1948 di Buckingham Palace, London, England.
Istiadat pertabalan: Raja Charles III ambil jalan lebih dekat
Ini berbeza daripada jalan perarakan yang pernah diambil bondanya Ratu Elizabeth II pada tahun 1953.
Raja Charles tiba di Jerman, negara pertama dilawati
Raja Charles memilih untuk melawat Jerman, negara pertama dikunjunginya selepas menaiki takhta tahun lepas.
Bank of England umum reka bentuk baharu wang kertas
Bank of England mengumumkan reka bentuk wang kertas baharu yang memaparkan wajah Raja Charles III menjelang pengedarannya pada pertengahan 2024.