awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Elizabeth II mangkat: Pulau Pinang kibar bendera separuh tiang pada Isnin

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2022
05:22 MYT
Ratu Elizabeth II mangkat: Pulau Pinang kibar bendera separuh tiang pada Isnin
Chow Kon Yeow mengarahkan semua jabatan serta agensi kerajaan negeri mengibarkan bendera Negeri Pulau Pinang separuh tiang Isnin ini. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mengibarkan bendera separuh tiang di seluruh negeri itu pada Isnin sempena kemangkatan Ratu Elizabeth II dan hari pemakaman baginda.
Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Pulau Pinang, Mohd Zakuan Zakaria, perkara itu dipersetujui Yang Di-Pertua Negeri Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak.
"Bendera Negeri Pulau Pinang dikibarkan separuh tiang pada Isnin 19 Sept sebagai menghormati kemangkatan dan hari pemakaman Baginda Ratu Elizabeth II.
"Ia juga penghormatan sebagai menghormati kemangkatan baginda Ratu selepas 70 tahun menaiki takhta dan merupakan pemerintah monarki yang paling lama di United Kingdom," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selaras dengan persetujuan tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengarahkan semua jabatan serta agensi kerajaan negeri mengibarkan bendera Negeri Pulau Pinang separuh tiang Isnin ini.
Pada 8 Sept lepas, Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun.
Susulan itu, putera tertua dalam kalangan empat anak baginda, Putera Charles diangkat sebagai raja dan dikenali sebagai Raja Charles III.
Ratu Elizabeth II akan dimakamkan pada 19 Sept di St George’s Chapel, Windsor, sementara istiadat pengebumian baginda dibuat dengan penuh istiadat di bawah protokol ‘London Bridge Is Down’ di Westminster Abbey, London.
Topic Berkaitan
#bendera kibar separuh tiang
#pulau pinang
#Ratu Elizabeth II
#pemakaman Ratu Elizabeth II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan