awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu kayak Sukma tekad bersara di usia muda

Bernama
Bernama
21/10/2022
03:40 MYT
Ratu kayak Sukma tekad bersara di usia muda
Shahida Asyiqin kini menunggu tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi bagi meneruskan pelajaran dalam bidang Sains Sukan yang menjadi cita-citanya. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Ratu kayak Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Shahida Asyiqin Rusli tekad memilih untuk memberikan fokus kepada pelajaran sekali gus melepaskan impiannya dalam bidang sukan.
Shahida Asyiqin yang berpeluang mewakili negara ke Sukan SEA 2023 memilih untuk bersara pada usia 18 tahun dan kini menunggu tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi meneruskan pelajaran dalam bidang Sains Sukan yang menjadi cita-citanya.
Atlet kelahiran Kuala Terengganu itu berkata keputusan dibuat tidak dipengaruhi mana-mana pihak termasuk ibu bapa yang sentiasa memberikan galakan untuk beliau meneruskan karier dalam bidang sukan.
"Saya tidak nafikan ada juga rasa rugi tetapi keputusan saya muktamad... dah nekad hendak bersara.
"Keluarga ada nasihat supaya saya teruskan bermain (bersukan), tetapi saya tidak mahu kerana hendak tumpu sepenuhnya pada pelajaran. Akhirnya, mereka diam dan terima saja keputusan saya," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
Bagaimanapun, Shahida Asyiqin berkata beliau sedia mempertimbangkan untuk bertanding di peringkat IPT sekiranya diterima masuk ke mana-mana universiti.
"Saya memang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tetapi sehingga kini belum ada perkembangan," katanya.
Shahida Asyiqin mencipta rekod tersendiri pada Sukma 2022 di Kuala Lumpur apabila memenangi empat pingat emas, tiga perak dan enam gangsa.
Beliau turut memecahkan tiga rekod kebangsaan dalam acara Kayak Single 100 meter wanita, Kayak Single 500 meter wanita dan Kayak Four 100 meter wanita.
Kejayaan tersebut membolehkan beliau dianugerahkan insentif tertinggi Sukma sebanyak RM33,500 oleh kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kayak
#bersara
#SUKMA
#Shahida Asyiqin Rusli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan