awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan penumpang terjejas akibat masalah sistem AirAsia

Bernama
Bernama
19/12/2015
15:50 MYT
Ratusan penumpang terjejas akibat masalah sistem AirAsia
Jurucakap AirAsia memberitahu syarikat penerbangan itu mengalami pertambahan jumlah penumpang yang mendadak pada musim cuti persekolahan akhir tahun sehingga menyebabkan kesesakan di klia2. - Foto BERNAMA
Beratus-ratus penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) terjejas dipercayai akibat system daftar masuk syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd mengalami masalah pagi tadi.
Jurucakap Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) berkata masalah itu berlaku kira-kira 10 pagi namun dapat diatasi 30 minit kemudian.
"Penumpang bukan terkandas, tetapi bilangannya yang bertambah menyebabkan masalah dalam sistem daftar masuk," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, jurucakap AirAsia memberitahu syarikat penerbangan itu mengalami pertambahan jumlah penumpang yang mendadak pada musim cuti persekolahan akhir tahun sehingga menyebabkan kesesakan di klia2.
"Pada kebiasaannya, AirAsia mengendalikan 30,000 penumpang sehari tetapi pada musim cuti, ia meningkat kepada 40,000," katanya.
Sebelum ini, AirAsia sebelum ini mengeluarkan nasihat perjalanan dengan meminta penumpang supaya tiba tiga jam lebih awal daripada waktu berlepas untuk mengelak kesesakan di beberapa lapangan terbang utama seluruh negara.
Menurut syarikat itu, formaliti perjalanan seperti pelepasan Kastam dan Imigresen serta pemeriksaan keselamatan mungkin mengambil masa lebih lama disebabkan pertambahan jumlah penumpang.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#KLIA2
#MAHB
#terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan