Rayani Air Sdn Bhd (Rayani Air) mungkin berdepan tindakan penggantungan operasinya jika ia gagal memenuhi peraturan syarikat penerbangan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian itu sedang membuat pemantauan rapi terhadap syarikat berkenaan berikutan aduan orang ramai tentang kelewatan dan pembatalan penerbangannya serta penggunaan pas masuk yang bertulis tangan.
"Kami akan siasat sekiranya laporan dikemukakan kepada kementerian. Kami akan meneliti aduan seperti pembatalan penerbangan yang tidak diganti. Itu suatu perkara serius.
"Malah, kami juga boleh menggantung perkhidmatan syarikat penerbangan itu sekiranya ia tidak mematuhi arahan kami," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Liow mengulas tentang aduan penumpang Rayani Air yang disebarkan dengan meluas dalam media sosial baru-baru ini.
Ditanya bagaimana Rayani Air boleh mendapat lesen operasi, beliau berkata selagi syarikat itu memenuhi peraturan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), ia akan diberi lesen.
"Ini negara demokrasi, selagi syarikat penerbangan itu dapat memenuhi syarat DCA, peraturan keselamatan dan pelan perkhidmatannya, kami akan keluarkan lesen itu.
"Bagaimanapun, dengan tahap perkhidmatan yang disediakannya sekarang, tidak memenuhi kehendak pengguna, tindakan boleh diambil terhadap syarikat penerbangan itu," kata Liow.
Bernama
Mon Mar 21 2016
Menteri Pengangkutan berkata, pihaknya akan menyiasat sekiranya laporan dikemukakan kepada kementerian.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kelewatan penerbangan: Mavcom keluar surat tunjuk sebab kepada Batik Air
Mavcom tidak berpuas hati dengan penjelasan Batik Air berhubung komunikasi gangguan penerbangan pada 22 Dis tahun lepas kepada pelanggan.
Isu kelewatan penerbangan: AirAsia tambah pesawat menjelang Julai - Nanta
Menurut Nanta, pihak syarikat telah memaklumkan usaha mitigasi bagi mengelak kejadian tersebut berulang.
Rayani Air berdepan penggantungan jika gagal patuhi peraturan - Liow
Kementerian Pengangkutan sedang membuat pemantauan rapi terhadap syarikat berkenaan berikutan aduan orang ramai.