KUALA LUMPUR:Permohonan rayuan haji bagi pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kini lebih mudah selepas perkara itu boleh dibuat menerusi dalam talian menggunakan aplikasi THiJARI.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, kemudahan terbaharu itu dibina bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat rayuan.
Katanya, rayuan itu akan dibuka bermula hari ini hingga 13 Februari tahun depan.
“Seperti tahun sebelumnya, lebih-lebih lagi ramai terkesan penularan COVID-19, rayuan haji dibuat menerusi permohonan surat rayuan yang perlu dihantar pejabat Tabung Haji, tetapi selepas ini tidak perlu lagi.
“Selain daripada rayuan haji, bakal haji juga boleh menyemak pendaftaran haji, status rayuan haji, status tawaran haji, jadual penerbangan serta pelbagai lagi perkhidmatan lain seperti urusan simpanan dan pengeluaran melalui aplikasi itu,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Ditanya mengenai bakal haji yang kurang mesra kepada teknologi untuk menggunakan aplikasi itu, Zulkifli berkata, pihak Tabung Haji akan mengajar mereka yang tidak faham atau tidak tahu menggunakan kemudahan tersebut.
“Rayuan ini pula adalah mereka yang pernah memohon untuk melakukan ibadah haji dan sudah pasti maklumat berhubung prosesnya sudah diketahui sedikit sebanyak. Tidak semua akan merayu.
“Saya juga yakin, anak-anak yang cerdik pandai akan mudah mengakses aplikasi ini (bagi pihak bakal haji masing-masing),” jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Tue Dec 22 2020
ZULKIFLI: Sebelum ini, rayuan haji dibuat menerusi permohonan surat rayuan yang perlu dihantar pejabat Tabung Haji, tetapi selepas ini tidak perlu lagi. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman didengar pada 18 Julai ini
Peguam Emile Ezra Md Hussain, yang mewakili Peter, 53, mengesahkan perkara itu.
Tunggakan cukai: Mahkamah batal rayuan Muhammad Shafee fail tuntutan balas
Panel tiga hakim memutuskan bahawa rayuan Muhammad Shafee tidak kompeten kerana perkara itu tidak boleh dirayu di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman.
Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad 6 Mac
Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Mac untuk keputusan rayuan Tan Sri Mohd Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda bagi kesalahan rasuah.
Rayuan pemuda disabitkan kesalahan bunuh dalam kebakaran pusat tahfiz didengar 21 Feb
Ia berhubung sabitan kesalahan membunuh 23 orang dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
Kerajaan dan NFCorp tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
Perkara itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan.
Penjawat awam disabit kesalahan pandu secara cuai dapat kebenaran merayu
Wanita itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah atas kesalahan memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.
Penjara 12 tahun, rayuan Siti Bainun didengar hari ini
Semakan laman web mahkamah mendapati, prosiding akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.
Rayuan bekas presiden Perancis Sarkozy terhadap sabitan penjara setahun bermula di Paris
Rayuan bekas presiden Perancis Nicolas Sarkozy terhadap sabitan penjara setahun ke atasnya pada 2021 atas pertuduhan pembiayaan haram semasa pilihan raya bermula pada Rabu.
Rayuan SIS Forum terhadap fatwa menyeleweng daripada ajaran Islam didengar 27 Feb
Ia untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor pada 2014 yang mengisytiharkannya sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.