PUTR: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuan akhir melibatkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, pada Rabu.
Bukti baharu yang ingin dimasukkan dalam rayuan tersebut membabitkan penglibatan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang dikatakan bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memberitahu, Mahkamah Rayuan tidak melakukan sekarang kekhilafan dan tiada sebarang kesalahan yang membolehkan ia dirayu.
Justeru, panel tersebut sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa mahkamah rayuan menggunakan budi bicaranya ketika menolak permohonan Najib berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
Menurutnya, hak Ahli Parlimen Pekan itu tidak dinafikan kerana beliau diberi masa yang secukupnya untuk berhujah di Mahkamah Rayuan.
"Mahkamah Rayuan telah mengunakan budi bicaranya dengan betul. Hak perayu tidak diprejudiskan dan telah diberikan haknya untuk didengar," tambah beliau.
Panel juga mendapati rayuan untuk memasukkan bukti baharu tidak mempunyai merit, selain ia berpuas hati bahawa ia tidak memenuhi peruntukan undang-undang.
Selain Tengku Maimun, empat ahli panel lain adalah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh.
Pada 8 Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International.
Sehari sebelum itu, mahkamah sama menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuan kes penyelewengan dana tersebut atas alasan tiada keadaan istimewa yang membolehkan keterangan baharu itu diterima.
Pada 25 Januari lalu, Najib melalui peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam sepucuk surat dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon dibenarkan untuk diwakili seorang Queen's Counsel (QC).
Permohonan itu dibuat atas alasan QC mempunyai kepakaran untuk menasihati dan berpengalaman mengendalikan rayuan akhir Najib Razak yang dikatakan sangat kompleks membabitkan isu dan persoalan perundangan baharu bukan sahaja di bidang kuasa negara ini, malah di negara Komanwel.
Mahkamah Persekutuan dijangka mendengar permohonan Najib untuk menerima masuk QC antara 20 dan 24 Jun ini.
QC ialah peguam kanan dan berpengalaman dari United Kingdom (UK) yang diberikan tauliah khas oleh Ratu Elizabeth.
Mahkamah Persekutuan juga sebelum ini menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baharu dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan kes melibatkan dana SRC International, pada 15 Mac dan 16 Mac ini .
Umavathi Ramayah
Wed Mar 16 2022

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan memberitahu, Mahkamah Rayuan tidak melakukan sekarang kekhilafan dan tiada sebarang kesalahan yang membolehkan ia dirayu. - Gambar fail/BERBAMA

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Sabah terus beri tekanan kepada JDT di puncak Liga Super
Kejayaan itu menyaksikan Sabah berjaya mengumpul 22 mata, selain mengukuhkan kedudukan di tempat kedua.

Najib mahu jawab afidavit pendakwaan, mahkamah tetap 29 Julai pengurusan kes
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab afidavit pendakwaan yang membantah permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah benarkan Muhammad Shafee dapatkan sementara pasport untuk ke Itali
Muhammad Shafee ke Itali bagi urusan pertukaran sekolah anak perempuannya.

Kedudukan Nazlan di Maybank sebelum ini tiada kaitan dengan kes Najib - TPR
Kedudukan hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Maybank Berhad sebelum ini adalah tidak relevan dengan kes terhadap Najib Razak.

Badan Peguam Malaysia bantah permohonan Laidlaw untuk wakili Najib di mahkamah
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disifatkan memiliki lebih banyak pengalaman, dan lebih layak berbanding Jonathan Laidlaw.

Pengurusan kes Najib kemukakan bukti tambahan dijadual semula pada Khamis
Tarikh pengurusan kes bekas perdana menteri itu yang pada awalnya ditetapkan hari ini, dijadualkan semula pada Khamis (30 Jun).

Pengurusan kes permohonan Najib kemuka bukti tambahan kes SRC Isnin depan
Pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan itu akan berlangsung melalui sidang video.

Mahkamah tetapkan 19 Julai untuk putuskan persoalan undang-undang berhubung siasatan Nazlan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 19 Julai ini untuk memutuskan persoalan undang-undang berhubung siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan.

Hakim kes Najib tarik diri dari pendengaran QC
Hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar permohonan Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja (QC) United Kingdom untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhirnya.

Rayuan UMNO batalkan saman SRC International ditolak
Terdapat beberapa isu yang telah ditimbulkan di dalam pliding yang difailkan termasuk isu pelanggaran tanggungjawab fidisuari.

Pendakwaan bantah permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib dalam rayuan kes SRC
Peguam Diraja dari UK Jonathan Laidlaw tidak menunjukkan sebarang kelayakan atau pengalaman istimewa berkenaan undang-undang negara ini selain tidak berkelayakan dalam Bahasa Malaysia.