MALAYSIA
Razarudin bakal tamat kontrak KPN minggu depan

Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. - Bernama
KUALA LUMPUR: Tan Sri Razarudin Husain yang mengemudi pentadbiran Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menamatkan kontraknya sebagai Ketua Polis Negara pada 22 Jun ini.
Razarudin menerajui tampuk kepimpinan PDRM sejak 2023.
Menurut sumber, satu majlis Serah Terima Tugas dan Paluan Berundut akan diadakan pada Jumaat, 20 Jun di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol).
Dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak, Razarudin memegang jawatan itu pada 23 Jun 2023 menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.Razarudin dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pada tahun 1984 beliau memulakan karier sebagai Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah.
Antara jawatan lain yang pernah disandang beliau Timbalan Komander Special Task Force On Organise Crime, Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah) Bukit Aman; Ketua JSJ Pulau Pinang dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.
Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak selama dua tahun sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Perak seterusnya menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selama setahun serta Timbalan Ketua Polis Negara mulai tahun 2021 sehingga Jun 2023.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami