awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor

Razarudin dirai dalam majlis persaraan penuh istiadat

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/06/2025
23:10 MYT
Razarudin dirai dalam majlis persaraan penuh istiadat
Majlis turut diserikan dengan tayangan dua video khas yang menyorot perjalanan hidup dan kerjaya Razarudin. - Foto Facebook/PDRM
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain diraikan dalam satu majlis penuh istiadat sempena persaraannya selepas hampir 43 tahun menabur bakti dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Majlis yang berlangsung pada Sabtu di sebuah hotel di Subang Jaya itu dianjurkan Jawatankuasa Mes Pegawai Kanan PDRM dengan tema "Legasi Kepimpinan, Inspirasi Sepanjang Zaman", bagi menghargai jasa dan kepimpinan beliau yang cemerlang.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail selaku Yang Dipertua Mes PDRM, bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP), Datin Seri Munirah Che Rose turut hadir meraikan majlis tersebut bersama Razarudin dan isteri, Puan Seri Datuk Zainah Othman.
Dalam ucapannya, Mohd Khalid menyifatkan Razarudin sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang tidak mentadbir hanya dari belakang meja, sebaliknya sentiasa turun padang menyantuni warga pasukan.
“Razarudin seorang pemimpin yang tegas, berdedikasi dan memiliki aura kepimpinan yang menjadi inspirasi kepada semua warga PDRM,” katanya.
Beliau turut memuji kecemerlangan Tan Sri Razarudin dalam sukan berkuda sehingga berjaya mengharumkan nama PDRM di peringkat nasional dan antarabangsa.
Majlis turut diserikan dengan tayangan dua video khas yang menyorot perjalanan hidup dan kerjaya Razarudin, daripada anak seorang anggota polis kepada individu yang menjawat jawatan nombor satu dalam PDRM.
Turut hadir dalam majlis gemilang itu ialah bekas Ketua Polis Negara terdiri daripada Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Tan Sri Ismail Omar.
Ini termasuk barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak, Ketua Polis Negeri, para pesara PDRM serta ahli keluarga Razarudin.
Topic Berkaitan
#Razarudin Husain
#majlis persaraan
#PDRM
#Mohd Khalid Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.