Skip to main content

Malaysia

RCI Tabung Haji: Bekas menteri dijangka didakwa pada Isnin

51767970873_LogoSPRM.jpg
Difahamkan pertuduhan itu mempunyai kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang bekas menteri dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pada Isnin.

Perkara itu dimaklumkan SPRM dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Difahamkan pertuduhan itu mempunyai kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji. 

Sebelum ini, SPRM menahan seorang lelaki berusia 60-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(a) Akta SPRM 2009, berkaitan kesalahan meminta atau menerima suapan sebagai dorongan atau ganjaran dalam sesuatu urusan.

Suspek ditahan pada 1 September lalu selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberikan keterangan.

Penahanan itu berkaitan siasatan membabitkan pajakan hotel di Arab Saudi serta isu yang dibangkitkan dalam laporan RCI berhubung Lembaga Tabung Haji.

Suspek sebelum ini direman selama lima hari sehingga 6 September lalu sebelum tempoh reman dilanjutkan dua hari lagi.

Must Watch Video

Advertisement