Skip to main content

Malaysia

RCI Tabung Haji: Jamil Khir mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM300,000

https://www.sinarharian.com.my/article/796249/berita/semasa/jamil-khir-didakwa-sebabkan-th-lupus-harta-rm860-3-juta
Jamil Khir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dan diikat jamin RM300,000. - Gambar Sinar Harian
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dan diikat jamin RM300,000.

Peguam yang mewakili Jamil Khir, Datuk Hamidi Mohd Noh berkata, pihak pembelaan akan memberikan pembelaan terbaik bagi membuktikan anak guamnya tidak bersalah.

“Kita akan mempertahankan beliau sebaik mungkin dan orang akan nampak beliau hanya menjalankan tugas.

“Kita akan buktikan beliau tidak bersalah,” katanya ketika ditemui pemberita.

Hamidi berkata, sebutan semula kes ditetapkan pada 5 November ini.

Jamil Khir, 65, tiba di mahkamah seawal 7.40 pagi, sebelum kehadiran media, bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas menteri dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk menuduh tokoh politik berkenaan.

Terdahulu, SPRM menahan reman Jamil Khir selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan RCI Tabung Haji selepas beliau hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme dan tadbir urus institusi berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement