Timbul tanda tanya dalam kalangan ahli panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian apabila kes tersebut diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis (KEP) walaupun kubur, mayat dan rangka dijumpai.
Isu tersebut berbangkit ketika sesi pendengaran awam saksi ke-12, Superintendan Rizani Che Ismail yang ketika kejadian merupakan Ketua Polis Daerah (KPD) Padang Besar.
Katanya, menjadi amalan dan menurut perintah tetap apabila tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan tiada kertas siasatan akan dibuka.
Apabila tangkapan melibatkan PATI tidak melibatkan orang tengah ataupun ‘tekong’ yang membolehkan pihak polis melakukan siasatan sekali gus mendakwa dalang penyeludupan migran.
“Tindakan yang kita ambil kepada 38 PATI itu adalah dengan menghantar mereka pihak Imigresen.
“Ini selaras arahan tetap di bawah JSJ/KPN/PR/2007 berhubung pengendalian PATI oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang menyatakan tangkapan PATI tiada unsur jenayah dihantar ke Imigresen,” katanya pada prosiding yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Bagaimanapun, perkara tersebut disoal Dr Tan Seng Giaw yang dilihat tidak logik bagi polis tidak mengklasifikasikan semula kes setelah menjumpai kubur dan mayat.
JUMPA KUBUR, TAPI BUKAN JENAYAH?
Dr Tan Seng Giaw: Pada 19 Januari 2015, ASP Joeking sudah nampak ada kubur dan kem, dan memberitahu Supt dalam mesyuarat pada 20 Januari 2015 dan 42 hari kemudian baru ada tindakan untuk pergi ke kem untuk gali kubur. Ini bermakna selepas ada maklumat mengenai kem dan kubur, hanya 42 hari kemudian ada tindakan yang diambil. Sebab apa kita mengambil begitu panjang masa untuk mengambil tindakan? Apa sebabnya?
Supt Rizani: Sebenarnya, arahan buka KEP itu setelah kita dapat arahan selepas mesyuarat 20 Januari 2015, pada 23 Januari 2015 kita ada arahkan untuk pasukan siasatan jenayah dan cawangan khas untuk membuat pengesahan. Masa itu juga saya telah arahkan untuk buka KEP. Kita telah buka KEP dan memulakan siasatan di peringkat awal, proses siasatan itu adalah sama cuma tidak ada tindakan lanjut oleh kerana kita tidak ada suspek tangkapan. Mungkin kalau ada suspek tangkapan, kita boleh mengklasifikasikan semula dan buka kertas siasatan di bawah ATIPSOM (Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran).
Dr Tan Seng Giaw: Tapi ketika itu 38 mangsa telah ditangkap, pada 23 Januari 2015 telah dijalankan kerja pembakaran khemah dan juga naik bukit (Wang Burma), kemudian itu adalah tangkapan pertama semua mangsa.
Supt Rizani: Tindakan telah diambil terhadap 38 pati di bawah Akta Imigresen sebab sebelum itu atau pada masa itu tidak ada unsur jenayah, dan ada arahan daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Kelazimannya, sekiranya tidak ada tangkapan tekong pada masa tersebut, kebiasaan dan kelazimannya kita akan serah kepada Imigresen.
Dr Tan Seng Giaw: Pada waktu itu, bukan satu kubur, berapa banyak kubur ada, dan kalau ada kubur sudah ada PATI, kenapa ini bukan jenayah? Kalau satu mati, mungkin itu satu insiden. Tapi ini berapa kubur? Ada beberapa kubur di situ. Bukankah ini satu tanda jenayah?
Supt Rizani: Siasatan ke atas KEP diteruskan dan setelah saya sendiri mengetuai pasukan Cawangan Khas, Bahagian Siasatan Jenayah dan Forensik - juga sahkan memang ada kubur, setelah itu saya lapor kepada Ketua Polis Perlis, di sini lah saya serba salah, sebab arahan yang saya terima supaya perkara ini ‘on hold’ dahulu dan tunggu arahan selanjutnya, sehinggalah seterusnya. Saya tidak tahu di peringkat pucuk pimpinan berkenaan strategi dan sebagainya dan saya masih menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya diambil. Saya tak boleh melampaui pucuk pimpinan atau saya sendiri yang mengetuai.
Dr Tan Seng Giaw: Sementara tunggu arahan, apakah di fikirkan anda? Adakah ini benda besar yang akan diheboh-hebohkan? Saya tahu anda tak sangka akan ada RCI seperti ini, bagaimanapun adakah terlintas di fikiran bahawa kes ini akan jadi besar?
Bagaimanapun, persoalan Seng Giaw itu tidak dijawab Rizani.
POLIS ‘SLOW’?
Isu anggota dan pegawai polis sama ada dari Ibu Pejabat Bukit Aman (BA), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, mahupun dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar turut menjadi perkara yang dibincangkan terutama oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dan juga bekas Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Noorbahri Baharuddin.
Tan Sri Norian Mai: Semasa bertugas di Padang Besar, tentu anda mempunyai hubungan yang baik dengan pihak Thai sebagai KPD di perbatasan. Dari semasa ke semasa, secara rasmi kita ada mesyuarat dua hala dengan pihak Thai. Itu yang rasmi. Yang tidak rasmi, anda sendiri yang tahu.
Supt Rizani: Ya.
Tan Sri Norian: Ada atau tidak ditimbulkan dalam perbincangan-perbincangan di peringkat rasmi itu berkenaan masalah PATI atau migran ini sama ada oleh pihak Thai atau Malaysia. Sebab masalah ini bukan masalah kita sahaja, tetapi juga masalah Thailand. Ada tidak dibincangan?
Supt Rizani: Dalam ingatan saya tidak ada dibincangkan. Saya pun tak pasti.
Tan Sri Norian: Bukankah topik ini bukan sahaja terkini.
Supt Rizani: Antara Padang Besar di Malaysia dan Padang Besar di Thailand, memang kami ada berhubungan tetapi perkara ini memang tidak pernah dibincangkan. Saya tidak tahu (kalau dibincangkan) di peringkat atasan.
Tan Sri Norian: Kalau di bawah anda?
Supt Rizani: Memang tidak ada jika menyentuh soal ini.
Tan Sri Norian: Pelik juga sebab ini sesuatu topik amat penting, masalah bersama.
Supt Rizani: Memang kita ada hubungan yang sangat rapat dengan pihak di Padang Besar di Thailand.
Tan Sri Norian: Itu pasal saya tanya tu. Ini pandangan saya dan saya ingin mendapatkan padangan Supt berhubung pandangan ini. Saya melihat, bahawa kejadian yang berlaku di peringkat awal sehingga dilancarkan Op Wawasan, reaksi pihak polis sama ada di peringkat daerah, kontinjen mahupun Bukit Aman, tidak begitu gempar dengan penemuan kem-kem ini. Setuju atau tidak dengan tanggapan sedemikian?
Supt Rizani: Bagi saya kes ini agak besar dan gempar, tapi..tak tahu lah.. entah.. Nampak ‘very slow’ tindakan.
Tan Sri Norian: Apakah pada pandangan anda sebab keadaan sebegitu berlaku. Ini pandangan.
Supt Rizani: Dari segi pandangan peribadi saya, mungkin di peringkat pucuk pimpinan perkara ini agak sensitif dan mungkin nak jaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand. Kedua, mungkin ini memperlihatkan isu nasional dan antarabangsa dan kubur-kubur ini di Malaysia dan mungkin hendak menjaga ‘peringkat satu, dua dan tiga’, itu pandangan saya.
Tan Sri Norian: Dalam tempoh peristiwa ini, pernahkah awak dihubungi oleh Bukit Aman terus bagi sesuatu tujuan atau sebab berkaitan penyiasatan ini.
Supt Rizani: Memang saya tidak dihubungi langsung oleh di peringkat atasan Bukit Aman berhubung perkara ini secara peribadi sama ada Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara ataupun pengarah-pengarah bertanya khabar, meminta pandangan ataupun nasihat berhubung dengan perkara ini, melainkan di peringkat Ketua Polis Perlis. Saya pun kalau ada apa-apa perkembangan saya akan kemaskini kepada Ketua Polis Perlis.
Tan Sri Norian: Siapa KP Perlis ketika itu?
Supt Rizani: Datuk Datuk Zul Aznam Haron. Untuk makluman, masa kejadian itu, Datuk Zul Aznam Haron dalam proses pencen.
Datuk Noorbahri: Tan Sri ada bagi penjelasan beliau berkenaan tindakan polis yang ‘slow’ dalam menangani masalah ini. Boleh saya bagi pendapat kenapa polis ‘slow’ kerana untuk tidak tunjuk kelemahan agensi penguatkuasaan terutama polis sehingga wujudnya kem-kem PATI dan kubur di Perlis. Pada peringkat awal mungkin pihak polis Perlis tidak mahu perkara ini disebarkan kepada orang awam supaya tidak menjejaskan imej pihak polis.
Supt Rizani: Kalau nak nyatakan kata pihak IPK Perlis, saya tidak setuju. Semua ini bergantung kepada pucuk pimpinan. Setiap apa kejadian di peringkat kontinjen atau daerah dan dilaporkan kepada Ketua Polis Perlis, Ketua Polis Perlis terpaksa rujuk pucuk pimpinan di Bukit Aman untuk mendapatkan persetujuan. Saya percaya, di peringkat kita, Ketua Polis dan saya sendiri menunggu arahan dengan kemampuan kekuatan pada Januari 2015 lebih kurang 28 pegawai, 269 anggota iaitu 297 anggota, saya sanggup sekiranya diberi arahan dan ada payung untuk saya melaksanakan tugas tersebut.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Apr 23 2019
Supt Rizani Che Ismail dipanggil memberi keterangan sebagai saksi ke-12 pada sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian. - Astro AWANI/HARITS ASYRAF HASNAN
Sidang Parlimen: PM Anwar mahu Jemaah Menteri buat persiapan rapi - Fahmi
Barisan Jemaah Menteri diminta supaya membuat persiapan rapi dan memahami semua RUU serta usul yang bakal dibentangkan pada persidangan Parlimen pada 14 Okt ini.
Hanya bertahan 6 tahun, Baim Wong failkan cerai terhadap Paula Verhoeven
Baim dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Paula pada Selasa di Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selatan.
Pemain bola sepak Dungun FA maut terlibat kemalangan
Seorang pemain bola sepak Dungun FA maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Dungun, malam tadi.
Keanggotaan Timor Leste dalam ASEAN mampu beri nilai tambah - Mohamad
Penyertaan Timor Leste dalam keanggotaan negara ASEAN akan mampu memberi nilai tambah kepada blok tersebut.
AWANI Ringkas: Usaha cekap tenaga elektrik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
250,000 orang larikan diri dari Lubnan ke Syria berikutan serangan Israel - PBB
Kira-kira 250,000 orang menyeberang dari Lubnan ke Syria berikutan serangan yang diperhebatkan oleh Israel, menurut UNHCR.
Letupan baharu berhampiran kedutaan Israel di Denmark
Satu letupan baharu berlaku berhampiran kedutaan Israel di Copenhagen, Denmark ketika mana dunia memperingati ulang tahun keganasan Israel terhadap Gaza, lima hari selepas dua letupan berhampiran bangunan tersebut, di mana dua warga Sweden ditahan.
ICC teruskan waran tangkap terhadap pemimpin Israel, Hamas
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) masih tetap dengan keputusan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap beberapa tokoh utama Palestin dan Israel termasuk pemimpin Hamas, Yahya Sinwar; Komander Sayap Ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam, Mohammed Diab Ibrahim Al-Masri, atau lebih dikenali sebagai Deif serta bekas Ketua Biro Politik Hamas yang terbunuh dalam serangan Israel Julai lalu, Ismail Haniyeh serta Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.
Randai Macbeth gabungkan karya barat dan seni tradisional
Budaya Randai yang berasal dari kaum Minangkabau di Sumatera Barat kini sering menjadi elemen yang dihidupkan di pentas teater tempatan.
Namun tiada siapa yang menyangka, karya agung William Shakespeare, 'Macbeth' kini diadaptasi dalam seni tradisi tersebut untuk dipentaskan kepada umum.
Namun tiada siapa yang menyangka, karya agung William Shakespeare, 'Macbeth' kini diadaptasi dalam seni tradisi tersebut untuk dipentaskan kepada umum.
Malaysia Super 100: Masuk percuma, masa untuk sokong pemain pelapis - BAM
Persatuan Badminton Malaysia berharap kemasukan percuma ke Malaysia Super 100 2024 minggu depan akan merangsang kehadiran di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Polis tahan tiga individu disyaki eksploitasi pekerja warga asing
Serbuan pada 8.30 malam semalam di kawasan Bandar Botanic 2, Klang membawa kepada penahanan kesemua suspek berumur lingkungan 33 hingga 67 tahun yang merupakan majikan.
RCI Wang Kelian: 'Kenapa klasifikasi sebagai Kertas Enkuiri Polis?'
Isu tersebut berbangkit ketika sesi pendengaran awam saksi ke-12, Superintendan Rizani Che Ismail yang pada kejadian itu, beliau merupakan Ketua Polis Daerah (KPD) Padang Besar.
Negara komited tangani isu pemerdagangan orang, penyeludupan migran - TPM
Dalam aspek penguatkuasaan, sebanyak 403 kes telah disiasat dan tangkapan telah dibuat ke atas 679 orang individu sepanjang tahun 2016.