Kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung dan 1.20 sen/kWJ di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember, tahun ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata dengan pengekalan rebat tarif elektrik itu kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak RM1.303 bilion untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada Semenanjung bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
"Manakala bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kerajaan telah membelanjakan subsidi khas sebanyak RM468 juta untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik sepanjang 2017," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata rebat tarif bagi Sabah dan Labuan ditampung melalui pemberian subsidi bahan api Medium Fuel Oil (MFO) dan diesel serta subsidi sokongan tarif elektrik oleh kerajaan persekutuan.
"Manakala peruntukan sebanyak RM1.303 bilion untuk Semenanjung itu menggunakan Dana Hasil Rundingan Semula Perjanjian Pembelian Tenaga dengan Penjana Kuasa Bebas Generasi pertama (Dana Perjanjian PPA)," katanya.
Beliau berkata rebat tarif elektrik akan diberikan kepada semua kategori pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Sabah dan Labuan.
Ongkili berkata kerajaan juga telah bersetuju mengekalkan kadar purata tarif elektrik asas di Semenanjung pada 38.53 sen/kWJ dan 34.52 sen/kWJ bagi Sabah dan Labuan.
Katanya semakan kos pembekalan elektrik oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah dasar Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) bagi Januari hingga Jun tahun ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 1.02 sen/kWJ.
"Peningkatan kos pembekalan elektrik berlaku disebabkanoleh kenaikan harga gas sebanyak RM1.50/MMBtu (satu juta Unit Termal British) daripada RM21.20/MMBtu dan kenaikan harga arang batu di pasaran dunia serta kesan kadar tukaran wang asing kepada ringgit.
"Kenaikan 1.02 sen/kWJ memerlukan surcaj kepada pengguna, namun kerajaan telah memutuskan supaya kenaikan kos pembekalan elektrik itu tidak ditanggung oleh pengguna," tambahnya.
Ongkili berkata secara keseluruhannya pelarasan tarif elektrik di bawah dasar kos bahan api dan penjanaan tidak seimbang telah membolehkan pengguna elektrik menikmati rebat sebanyak RM5.403 bilion di Semenanjung untuk tempoh Mac 2015 hingga Disember 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2017
Ongkili berkata dengan pengekalan rebat tarif elektrik itu kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak RM1.303 bilion untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada Semenanjung bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Pelarasan tarif elektrik di KHTP bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2023
Kerajaan bersetuju pelarasan tarif elektrik bagi NUR di KHTP yang dilaksanakan di bawah mekanisme ICPT bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2023 pada 16 Jun lepas.
Rakyat Jerman beralih kepada kayu api untuk memanaskan rumah
Kayu api kini semakin laris di Jerman dengan pembekal di seluruh negara melaporkan lonjakan dalam jualan setelah kos bahan api untuk sistem pemanasan melambung tinggi.
Rebat tarif elektrik Semenanjung, Sabah dan Labuan kekal
Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak RM1.303 bilion untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada Semenanjung bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
Kadar tarif elektrik Singapura turun 8% suku tahun pertama 2015
Kos bahan api yang rendah akan menyaksikan tarif elektrik di Singapura dikurangkan secara purata sebanyak 8 peratus atau 1.99 sen bagi setiap kilowatt jam
Hishammuddin: Kos fasa pertama SAR MH370 RM27.6 juta
Malaysia telah menanggung kos RM27.6 juta setakat ini di dalam fasa pertama operasi mencari dan menyelamat pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang.
Kenaikan kos bahan api penyumbang utama semakan tarif elektrik - Ongkili
Komponen bahan api ini telah menyumbang 81.96 peratus atau 4.09 sen/kWj daripada kenaikan tarif keseluruhan sebanyak 4.99 sen/kWj.