awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reda kehilangan isteri, anak serentak

Sinar Harian
Sinar Harian
16/06/2019
14:08 MYT
Reda kehilangan isteri, anak serentak
Kamaruzaman dan anak sulungnya, Nor Syafika Shah reda dengan kehilangan insan tersayang dalam kemalangan tersebut hari ini. -Foto Sinar Harian
"Kami bergerak berasingan, tapi tak sangka dua-dua pergi serentak sekali gus."
Itu kata Kamaruzaman Khamis, 45, dari Felda Bukit Puchong setelah kehilangan isterinya, Siti Zubaidah Abidin, 40, dan anak bongsunya, Aqil Ziqri Shah, 6, dalam kemalangan di Kuari Bukit Mendi dekat Felda Bukit Mendi, hari ini.
BACA: Empat maut dalam kemalangan babitkan tiga kenderaan
BACA: Empat sekeluarga dalam perjalanan ke kenduri pertunangan sebelum nahas
Menurutnya, isteri bersama anaknya bergerak dahulu bersama adik iparnya, Siti Rahmah Abidin, 33, dan suaminya Nor Amri Mohd Ali, 35, serta Nor Shuhada Shukri, 29, dari rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari.
"Kami terpaksa berasingan kerana tak muat kereta, lagi pun isteri nak bergerak lebih awal ke kenduri pertunangan saudara di Serting.
"Saya dan dua lagi anak, Nor Syafika Shah,13, dan Iskandar Shah,10, hanya dimaklumkan mengenai kemalangan ini kira-kira jam 1.30 petang," katanya.
Ditanya perubahan sikap isterinya sebelum kejadian, dia memberitahu tiada sebarang sikap pelik ditunjukkan.
"Tiada apa-apa perubahan dan hanya bersikap biasa sahaja," katanya yang reda dengan kehilangan dua insan kesayangan serentak.
Tambahnya, arwah isteri dan anaknya akan dikebumikan di Felda Bukit Puchong.
Mengakui sedih memandangkan isteri dan anaknya pergi di bulan Syawal, Kamarulzaman menyifatkan ia satu dugaan buat mereka sekeluarga namun akur takdir yang menimpa dirinya.
Sementara itu, anak sulungnya Nor Syafika memberitahu arwah ibunya hanya berpesan untuk bersalaman dengan ayahnya sebelum ke majlis itu.
"Arwah ibu dan adik tiada cakap apa sebelum pergi. Namun segala pesanan arwah ibu supaya belajar bersungguh-sungguh akan saya tunaikan," katanya akui terkejut dengan berita sedih tersebut.
Topic Berkaitan
#Aqil Ziqri Shah
#Felda Bukit Mendi
#Kamaruzaman Khamis
#kemalangan
#Kuari Bukit Mendi
#Nor Amri Mohd Ali
#Nor Shuhada Shukri
#Siti Zubaidah Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan