awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Redah banjir di Taman Sri Muda, Amirudin tegaskan operasi SAR diteruskan

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2021
15:09 MYT
Redah banjir di Taman Sri Muda, Amirudin tegaskan operasi SAR diteruskan
Menerusi perkongsian di media sosial beliau, Amirudin akui berdepan cabaran untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas. - Foto Twitter/AmirudinShari
TATKALA situasi banjir di Taman Sri Muda semakin meruncing, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meredah banjir demi menyelamatkan penduduk di situ.
Menerusi perkongsian di media sosial beliau, Amirudin akui berdepan cabaran untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas.
"Saya di Taman Sri Muda malam ini bersama pasukan penyelamat membantu menyelamatkan mangsa yang terkandas.
"Cabaran yang dihadapi selain dari air yang masih belum surut ialah suasana gelap-gelita serta kereta yang terbengkalai menyukarkan pergerakan," katanya.
Saya di Taman Sri Muda malam ini bersama pasukan penyelamat membantu menyelamatkan mangsa yang terkandas. Cabaran yang dihadapi selain dari air yang masih belum surut ialah suasana gelap gelita serta kereta yang terbengkalai menyukarkan pergerakan. pic.twitter.com/4NMBulOHwU
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 19, 2021
Amirudin juga telah berada di SK Taman Sri Muda selama lebih empat jam untuk membantu mangsa yang terkandas.
"Antaranya sebuah keluarga yang mempunyai anak yang baharu lahir serta warga emas. Proses penyelamatan akan diteruskan malam ini bagi mengeluarkan semua mangsa yang terkandas," katanya.
Dalam perkongsian itu, Amirudin turut dilihat bukan sahaja meredah banjir, tetapi juga mendukung bayi yang baharu dilahirkan.
Saya berada di SK Taman Sri Muda selama 4 jam membantu mengeluarkan mangsa yang terkandas antaranya sebuah keluarga yang mempunyai anak yang baru lahir serta warga emas. Proses penyelamatan akan diteruskan malam ini bagi mengeluarkan semua mangsa yang terkandas. #DaruratBanjir pic.twitter.com/RSLZsu7ute
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 19, 2021
Topic Berkaitan
#taman sri muda
#Amirudin Shari
#bantuan mangsa banjir
#darurat banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan