Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicabar supaya mendedahkan nama menteri kanan yang didakwa mahu meletakkan jawatan.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, jika Mohamed Azmin benar-benar mempunyai nama yang dimaksudkan beliau sepatutnya menamakannya supaya individu berkenaan boleh tampil membuat pengakuan atau penafian.
Reezal Merican berkata, Mohamed Azmin tidak perlu membuat spekulasi dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat.
BACA: TPM Ahmad Zahid nafi ada peletakan jawatan menteri, nama Anifah disebut
BACA: Jangan terpengaruh dakwaan menteri kanan letak jawatan - Mustapa
“Buat saya, tidak timbul (soal menteri letak jawatan) kerana perdana menteri pun sudah respon, malahan meminta supaya Azmin perjelas. Kalau benar, perkara paling mudah dengan menamakannya. Siapa yang hendak letak jawatan? Maka dia boleh mengaku atau nafikan dakwaan yang dilontar. Untuk saya, tiada yang sukar, namakan sahaja siapa dia,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Gerakan bahagian Kepala Batas, di Kampung Selamat, di sini hari ini.
Reezal yang juga ahli parlimen Kepala Batas, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mohamed Azmin semalam mengenai seorang menteri kanan meletak jawatan kerana tidak mahu bersubahat dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mohamed Azmin yang memuat naik status berbentuk pertanyaan itu menerusi akaun twitternya bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas identiti menteri berkenaan.
Susulan itu, perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut selain meminta Mohamed Azmin menamakan menteri yang dimaksudkan.
Astro Awani
Sat Feb 11 2017
Reezal Merican berkata, Azmin tidak perlu membuat spekulasi dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat. - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.