awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reformasi Perkhidmatan Awam: KPN utamakan pengukuhan struktur, kompetensi sumber manusia

Bernama
Bernama
19/08/2024
20:45 MYT
Reformasi Perkhidmatan Awam: KPN utamakan pengukuhan struktur, kompetensi sumber manusia
KPN akan mengutamakan pengukuhan struktur kementerian dan kompetensi sumber manusia bagi merealisasikan hasrat reformasi Perkhidmatan Awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan mengutamakan pengukuhan struktur kementerian dan kompetensi sumber manusia bagi merealisasikan hasrat reformasi Perkhidmatan Awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Azman Mohd Yusof berkata beberapa fungsi bahagian telah dimantapkan dengan penyatuan beberapa bahagian bagi mendukung gerak kerja KPN ke arah prestasi yang cemerlang.
Beliau berkata bagi pusingan kerja pula, ia akan melibatkan pengurusan tertinggi di kementerian terlebih dahulu bagi meningkatkan kebolehan dan kecekapan pengurusan tertinggi dalam memimpin pasukan masing-masing dan sentiasa bersedia dengan perubahan selaras dengan aspirasi negara.
"Perancangan pembangunan sumber manusia juga akan menyusul dengan memberi fokus kepada kompetensi fungsional agar warga KPN sentiasa berilmu, kompeten dan prestasi sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azman berkata penambahbaikan proses kerja juga akan diberikan keutamaan dengan membawa perkhidmatan terus kepada rakyat tanpa mereka perlu hadir ke premis KPN, selain beberapa penyelarasan lain merentasi KPN dan agensi.
"KPN akan terus memberikan penekanan kepada aspek perpaduan dan meletakkannya sebagai asas dalam setiap dasar pembangunan yang dirangka selaras dengan agenda Malaysia MADANI," katanya.
Beliau berkata KPN komited memastikan tiga intipati utama reformasi iaitu meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam, meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan dan meningkatkan daya saing negara akan dilaksanakan dengan baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian perpaduan negara
#reformasi perkhidmatan awam
#Azman Mohd Yusof
#kompetensi sumber manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan