awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 14 tahun menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/08/2024
12:24 MYT
Remaja 14 tahun menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang ditahan
Wan Kamarul Azran Yusof berkata, suspek ditahan di lobi hospital itu kira-kira pukul 9 pagi ketika cuba mendaftar di kaunter dengan menggunakan identiti palsu. - Gambar fail
SERDANG : Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan polis kerana dipercayai menyamar sebagai pegawai perubatan dan memasuki bilik bedah hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof berkata, pelajar tingkatan dua itu ditahan di lobi hospital itu kira-kira pukul 9 pagi ketika cuba mendaftar di kaunter dengan menggunakan identiti palsu.
"Polis turut merampas sehelai baju dan seluar scrub selain lanyard hak milik hospital berkenaan," katanya dalam kenyatan di sini, pada Khamis.
Wan Kamarul berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada kakitangan hospital kira-kira pukul 1 tengah hari Rabu.
"Laporan itu mengatakan keberadaan seorang remaja perempuan yang mengaku sebagai pegawai perubatan dan mahu membantu menjalankan pembedahan.
"Keesokkan harinya, sebaik sahaja pihak hospital menyedari kehadiran remaja itu di kaunter pendaftaran kira-kira pukul 8.30 pagi, mereka terus menghubungi polis," ujarnya.
Wab Kamarul meberitahu, polis membuka kertas mengikut Seksyen 488 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita tidak benar berhubung kes itu
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#menyamar
#ditahan polis
#bilik bedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan