BUTTERWORTH: Seorang pelajar tingkatan lima ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan di dalam tong sampah di Flat B4, Taman Bagan di sini hari ini.
Remaja perempuan berusia 17 tahun dan tinggal di perumahan sama itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada 6 petang tadi selepas jirannya mendapati remaja itu mengalami tumpah darah dan dalam kesakitan semasa berada di rumahnya.
Menurut sumber polis, remaja itu mengaku melahirkan bayi perempuan cukup sifat di dalam tandas rumahnya petang semalam, hasil hubungan seks bersama teman lelakinya yang juga berusia 17 tahun.
"Remaja itu memaklumkan, ketika itu hanya adiknya yang berusia enam tahun berada di rumah. Ayahnya keluar bekerja manakala ibunya tinggal berasingan kerana telah bercerai.
"Remaja itu mendakwa anaknya telah meninggal dunia ketika dilahirkan kerana tidak menangis atau mengeluarkan sebarang bunyi. Dia yang panik terus membalut bayi itu menggunakan kain lalu membuangnya ke dalam tong sampah berhampiran flat itu," katanya kepada Bernama hari ini.
BACA: Mayat bayi perempuan dijumpai dalam longgokan sampah
Menurut sumber itu, bapa remaja terbabit tidak mengesyaki apa-apa kerana anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan malah sering berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
Katanya jiran remaja itu yang mendapati dia dalam keadaan kesakitan dan tumpah darah terus menghubungi ambulans serta pihak polis bagi memaklumkan kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi berkata siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dilakukan.
"Remaja itu sedang menerima rawatan di HSJ dan dia akan ditahan selepas rawatan selesai. Mayat anaknya turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata susulan itu, pihaknya sedang mengesan teman lelaki remaja terbabit yang juga rakan sekolahnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, mayat bayi itu ditemukan pada 9.35 pagi tadi oleh seorang penduduk dan dua lelaki warganegara Myanmar yang sedang menjalankan kerja pembersihan serta mengutip sampah di kawasan flat tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
Mayat bayi itu ditemukan pada 9.35 pagi tadi oleh seorang penduduk dan dua lelaki warganegara Myanmar yang sedang menjalankan kerja pembersihan serta mengutip sampah di kawasan flat tersebut. - Gambar/ Astro AWANI
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.
Bayi empat bulan maut akibat cedera di kepala
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala pada Jumaat lepas.
Rupanya Michelle Yeoh sambut cucu, bukan anak!
Pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh memberitahu gambar kaki bayi yang dimuat naik sebentar tadi merupakan gambar kaki cucunya.