awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja autistik dibawa lari warga asing, dirogol beberapa kali

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
20/08/2022
15:21 MYT
Remaja autistik dibawa lari warga asing, dirogol beberapa kali
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan diterima pada petang 18 Ogos lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Polis Kelantan menerima satu laporan berkaitan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan autistik pada Khamis lepas.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan diterima pada petang 18 Ogos di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah.
"Serbuan dilakukan di Kampung Sat, Tanah Merah oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Tanah Merah selepas menerima maklumat dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, Johor.
"Serbuan dilakukan berpandukan kedudukan mangsa yang sempat menghantar lokasinya melalui telefon bimbit kepada ahli keluarganya," katanya melalui satu kenyataan.
"Siasatan awal Polis mendapati mangsa autistik dan terlibat dalam kes orang hilang (OH) yang dilaporkan di Kulai," katanya lagi.
Muhamad Zaki berkata berdasarkan keterangan mangsa, beliau dibawa lari oleh seorang lelaki Rohingya pada 13 Ogos lepas sekitar jam 9.30 malam.
"Mangsa dibawa menaiki bas dari Skudai ke Tanah Merah oleh suspek yang dikenalinya melalui aplikasi WhatsApp.
"Mangsa juga memaklumkan, sepanjang bermula 14 hingga 18 Ogos, mangsa telah dirogol oleh suspek beberapa kali," jelasnya.
Bagaimanapun pada Khamis lepas, sekitar jam 2.30 petang mangsa telah diselamatkan oleh pihak polis dari IPD Tanah Merah.
Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut.
Susulan itu, suspek yang merupakan warganegara Myanmar (Rohingya) berumur 23 tahun ditahan.
Suspek dikatakan seorang yang mengajar Al-Quran direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini media melaporkan remaja autistik berkenaan hilang selepas keluar dari rumah keluarga di Bandar Putra, Kulai, sejak Sabtu lalu.
Mangsa juga dikatakan masih dalam keadaan trauma.
Topic Berkaitan
#remaja autistik
#hilang
#rogol
#IPD Tanah Merah
#Remaja perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan