awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja cedera kereta terjunam dari tingkat satu Terminal One

Bernama
Bernama
08/09/2024
11:16 MYT
Remaja cedera kereta terjunam dari tingkat satu Terminal One
Seorang remaja lelaki cedera pada bahagian kepala selepas kereta dipandunya terjunam dari tingkat satu Pusat Pengangkutan Terminal One di Seremban hari ini akibat tertekan pedal minyak. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang remaja lelaki cedera pada bahagian kepala selepas kereta dipandunya terjunam dari tingkat satu Pusat Pengangkutan Terminal One di sini hari ini akibat tertekan pedal minyak.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata kejadian kira-kira 11.45 pagi itu turut menjejaskan sebuah kereta yang diparkir di bahagian bawah.
"Kejadian berlaku apabila kereta jenis Honda City dipandu lelaki berusia 19 tahun sedang bergerak dari tempat parkir Terminal One untuk balik ke rumah di Seremban 2.
"Apabila tiba di lokasi kejadian di tingkat satu, pemandu telah tertekan pedal minyak dan hilang kawalan lalu terbabas melanggar pagar besi. Kereta itu seterusnya jatuh dan terkena bahagian hadapan kereta tanpa pemandu yang berada di bahagian bawah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata remaja terbabit dibawa ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan manakala kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Mohamad Hatta meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi pegawai penyiasat kes menerusi talian 014-6000 353 atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja cedera
#kereta terjunam
#Terminal One
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan