awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja cekik adik hingga maut direman pagi ini

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
06/07/2023
02:20 MYT
Remaja cekik adik hingga maut direman pagi ini
Polis akan memohon perintah reman hari ini terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Bukit Piatu, Melaka Tengah, petang semalam.
MELAKA TENGAH: Polis akan memohon perintah reman hari ini terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Bukit Piatu, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, kira-kira pukul 10 pagi.
“Suspek merupakan anak sulung kepada empat beradik, juga seorang pelajar sekolah Arab yang tidak mempunyai sebarang rekod disiplin.
“Permohonan reman akan dibuat dan suspek kini ditahan bagi mengetahui motif kejadian dan membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan,” katanya.
Dalam kejadian semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dicekik di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, insiden malang menimpa kanak-kanak berkenaan disedari oleh ibunya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.
Topic Berkaitan
#remaja cekik adik
#maut dicekik
#Kampung Bukit Piatu
#Melaka Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan