Seorang remaja berusia 19 tahun ditahan di Skudai, Johor selepas memanjat pagar dan menceroboh pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pu Sze.



Kejadian berlaku lebih kurang pukul 9.45 pagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis sedang menyiasat motif tindakan remaja itu.





Sementara itu, pengundi kali pertama yang ditemui oleh Astro AWANI rata-ratanya melahirkan rasa gembira dan bangga dapat menunaikan tanggungjawab menentukan masa depan negara.



Jurukamera Astro AWANI, Noor Fahmey Azhar yang bertugas pada hari ini juga adalah antara pengundi kali pertama.

"Saya rasa berdebar kali pertama nak mengundi. Bila dah buang undi, saya rasa lega dapat tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya yang ditemui di SK Desa Baiduri, salah satu pusat mengundi untuk kerusi P.102 Serdang dan N.27 Balakong.