awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja hantar mayat kekasih mengaku salah langgar PKP

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2020
10:08 MYT
Remaja hantar mayat kekasih mengaku salah langgar PKP
Pada Ahad lalu, remaja lelaki berkenaan meninggalkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga perempuan itu. - Gambar fail/Astro AWANI
Seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang menghantar dan meletakkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga perempuan itu pada Ahad lalu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Rompin atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tertuduh mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan bergerak dari Felda Keratong 5 iaitu satu kawasan tempat jangkitan di Kilometer 127 Jalan Kuantan–Seremban, pada 12 April lalu lebih kurang pukul 3 pagi.
Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11(1) peraturan sama.
Sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhalimatun Saadiah Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan.
BACA: Kerana takut, remaja bonceng mayat teman wanita pulang ke rumah, tinggalkan di garaj
Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM300 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh melaporkan diri di balai polis terdekat sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 11 Jun ini.
Sebutan semula kes adalah bagi membolehkan mahkamah mendapatkan laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tertuduh yang dibawah umur, sebelum menjatuhkan hukuman.
Media pada Ahad lalu melaporkan seorang remaja lelaki yang panik bertindak meninggalkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga mangsa Felda Keratong 10 Rompin, selepas mereka terlibat dalam kemalangan pada pagi hari berkenaan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Felda Keratong
#ingkar PKP
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#kes mahkamah
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#remaja hantar mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan