LUMUT: Remaja lelaki yang hilang ketika mandi laut di Pantai Teluk Senangin di sini, sejak semalam, ditemui lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, ditemui jam 5.30 petang kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilapor hilang.
Katanya, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah membuat carian dan selaman di lokasi mangsa tenggelam.
"Mayat mangsa timbul 10 meter dari lokasi selaman PPDA dan ditemukan pada jam 5.30 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini media melaporkan, mangsa dikatakan dihanyutkan ombak ketika mandi laut bersama enam sepupunya.
Operasi SAR mangsa berdepan cabaran susulan ombak besar dan hujan berterusan di lokasi kejadian hari ini.
Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, operasi pencarian dipecahkan kepada beberapa sektor yang merangkumi kawasan seluas 7.4 kilometer (km).
Katanya lagi, operasi berkenaan membabitkan JBPM, Polis Diraja Malaysia, Maritim Malaysia Perak, Angkatan Pertahanan Awam dan nelayan tempatan.
Aida Aziz
Mon Sep 25 2023
Mayat Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, ditemui jam 5.30 petang kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilapor hilang. - Gambar/ JBPM
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Lelaki hilang ketika memukat ikan di Sungai Tajar ditemui lemas
Lelaki yang hilang dihanyutkan arus ketika memukat ikan di Sungai Tajar di sini, semalam ditemui lemas hari ini.
Anggota tentera lemas, seorang masih hilang di Hutan Royal Belum
Seorang anggota tentera ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang ketika mereka menjalankan tugas gerakan Operasi Kota Echo / Foxtrot di kawasan Hutan Royal Belum.
Dua budak perempuan mandi kolam ditemukan lemas
Dua kanak-kanak perempuan ditemukan mati lemas ketika mandi di kolam di Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, di sini pada Ahad.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Tragedi mandi sungai: Mayat Nur Arina ditemui 7 kilometer dari lokasi hilang
Mayat seorang wanita yang hilang dihanyutkan arus semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik pada petang Ahad ditemui hari ini.
Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air
Polis sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden kepala air yang meragut nyawa tiga kakitangan ketika melakukan aktiviti 'water rafting' di Gopeng.
Lagi kes budak lemas dalam parit di Tanjong Karang
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas dalam sebuah parit di Kampung Sungai Kajang Lama di sini pada Sabtu.
Wanita lemas ketika selam skuba di Pulau Tenggol
Seorang wanita ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti penyelaman di Pulau Tenggol, di sini, pada Sabtu.
Remaja lelaki lemas di Sungai Kampung Lata Pauh
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lemas di Sungai Kampung Lata Pauh, Kuala Krai, hari ini.
Mayat lelaki hilang ketika pukat ikan di Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat lelaki yang dipercayai tejatuh ke dalam Empangan Tasik Pedu ditemukan lemas di dasar tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.