awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki korban kedua tengkujuh Pantai Timur

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2013
23:12 MYT
Remaja lelaki korban kedua tengkujuh Pantai Timur
Mangsadihanyutkan arus deras selepas terjatuh dari bot ketika memukat ikanbersama ayah dan sepupunya.
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menjadi korban kedua musim tengkujuh tahun ini.
Mangsa, Mohd Asraf Mohd Nor dihanyutkan arus deras selepas terjatuh dari bot ketika memukat ikan bersama ayah dan sepupunya di Kampung Banggol, Ladang Pelantoh, Padang Kubu, Kijal,
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata ketiga tiga mereka pergi ke Sungai Tebak untuk memasang pukat kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin.
Bagaimanapun bot mereka tiba-tiba terbalik menyebabkan mangsa dihanyutkan arus deras.
Mangsa adalah seorang pelajar sebuah Taman Pengajian Islam di Bandar Chukai.
Bapa mangsa, Mohd Nor Ismail hanya sempat menyelamatkan sepupu mangsa yang berusia lapan tahun daripada dihanyutkan arus namun gagal menyelamatkan anaknya.
Mayat mangsa ditemui jam 12.50 pagi kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.
Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.10 malam pada Isnin.
Operasi mencari dan mengesan mangsa segera dijalankan dengan bantuan penduduk kampung dan pihak polis.
Mayat dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang remaja berusia 13 tahun menjadi korban pertama musim tengkujuh di negeri itu.
Selepas lemas ketika memukat ikan di kawasan sawah Kampung Jejulung, Marang, Terengganu kira kira jam 11.30 pagi .
Topic Berkaitan
#arus deras
#korban
#remaja
#tengkujuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan