awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komuniti perundangan sokong kenaikan gaji hakim bagi perkukuh badan kehakiman
Pengakap Malaysia anjur program nasional dan antarabangsa pada 2026
Semangat kerjasama, kebersamaan bantu Malaysia mendepani pelbagai cabaran ekonomi - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki lemas ketika mandi sungai

Bernama
Bernama
28/05/2022
12:45 MYT
Remaja lelaki lemas ketika mandi sungai
Remaja berusia 14 tahun yang dipercayai tidak pandai berenang ditemukan pasukan JBPM kira-kira 4 petang tadi. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi bersama dua rakannya di Sungai Kembung, Pulau Indah, hari ini.
Remaja berusia 14 tahun yang dipercayai tidak pandai berenang ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira 4 petang tadi.
Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 1.26 petang.
"Kejadian melibatkan tiga remaja lelaki berumur 10 dan 15 tahun yang dipercayai hanyut dibawa arus berhampiran Jeti Nelayan Sungai Kembung ketika mandi di tebing selat yang mana kedalaman air ketika kejadian adalah 10 kaki.
"Dua daripada remaja itu masing-masing diselamatkan orang awam dan berjaya berenang ke tebing manakala seorang lagi mangsa ditemukan lemas serta disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazam berkata gerakan operasi mencari mangsa dijalankan sepasukan 16 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang selain operasi turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes lemas
#Pulau Indah
#remaja lemas
#Norazam Khamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan