awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki maut rempuh lembu

Bernama
Bernama
10/03/2023
07:10 MYT
Remaja lelaki maut rempuh lembu
Keadaan lembu yang dirempuh remaja 16 tahun di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam. -PDRM
GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas motosikal dinaikinya merempuh seekor lembu di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata Mohamad Adam Haikal Mohamad Asri, berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Chiku 3, 9.55 malam tadi.
"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha YI5Z dari arah Chiku 3 menuju ke Chiku 2 dan apabila tiba di tempat kejadian remaja terbabit melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihatkan penternak lembu supaya tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran pada waktu malam kerana dikhuatiri mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.
"Penternak yang membiarkan haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya dan kawasan perumahan boleh didakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Enakmen Kawalan Kerbau Lembu 2001 dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan, sekiranya berlaku kemalangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut langgar lembu
#Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan