awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut kereta terbabas langgar pokok

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/08/2019
02:30 MYT
Remaja maut kereta terbabas langgar pokok
Siasatan awal pihak polis mendapati kereta tersebut dalam perjalanan dari arah Tambu
IPOH: Seorang remaja maut apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terlanggar sebatang pokok di Jalan Tambun, berhampiran setor Lembaga Air Perak, di sini, pagi Khamis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan tersebut kira-kira 3.47 pagi ini.
Menurutnya, siasatan awal pihak polis mendapati kereta tersebut dalam perjalanan dari arah Tambun menghala ke Ipoh.
“Sampai di lokasi kemalangan, dipercayai kereta itu hilang kawalan lalu melanggar pada pembahagi kanan jalan dan kemudian melanggar pembahagi kiri jalan.
“Akibat perlanggaran, kereta melanggar pokok di kiri jalan dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa, 18 tahun, pekerja swasta yang beralamat di Ipoh Garden South, mempunyai lesen memandu Kelas D.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 3.19 pagi.
Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#kereta terbabas
#langgar pokok
#Lembaga Air Perak
#remaja maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan