KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum merempuh sebuah kenderaan di Batu 8 Jalan Gombak Lama pada malam Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Assisten Komisioner Zainal Mohamed Zainal, kejadian berlaku sekitar pukul 8.45 malam ketika mangsa dalam perjalanan untuk pulang ke rumah mengambil kasut futsalnya.
Kemalangan itu, kata beliau, melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
"Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa satu lelaki Melayu yang menaiki motosikal arah Batu 10 hendak bermain futsal di Titiwangsa… ketika sampai di Batu 7, mangsa berpatah balik ke Batu 10 kerana tertinggal kasut futsal," jelasnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin.
Tambah beliau, setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai telah hilang kawalan disebabkan jalan basah sebelum terbabas dan terjauh ke lorong bertentangan dan merempuh kenderaan jenis Myvi.
Pemandu kenderaan terbabit, jelas Zainal, telah memberhentikan keretanya buat seketika sebelum beredar meninggalkan lokasi kejadian.
Mangsa maut kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin di talian 017-6645812 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
Fareez Azman
Mon May 16 2022

Assisten Komisioner Zainal Mohamed Zainal berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 8.45 malam ketika mangsa dalam perjalanan untuk pulang ke rumah mengambil kasut futsalnya. - Gambar fail

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Selamat berangkat ke negeri abadi Tok Mun, semoga tenang dan damai di sana...
Jenazah Tok Mun disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada pukul 10.45 pagi.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Kenaikan harga bahan mentah dijangka tidak jejas margin keuntungan Gamuda
Firma itu optimis bahawa kumpulan itu mempunyai langkah terbaik dalam melindungi margin keuntungannya.

AWANI Ringkas: PM mula lawatan kerja ke Turki esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki didakwa bunuh wanita baru dikenali menerusi aplikasi sembang
Seorang penganggur didakwa atas pertuduhan membunuh kenalan wanita yang baru dikenalinya melalui aplikasi sembang awal bulan lalu.

Dua lelaki Orang Asli maut, kemalangan motosikal, MPV
Dua lelaki Orang Asli maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini.

Lelaki maut, rakan cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan
Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta Perodua Axia dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua lagi kenderaan.

5 sekeluarga maut kereta bertembung treler
Lima sekeluarga termasuk seorang bayi maut selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah treler di Jalan Gambang-Muadzam, dekat Kampung Pulau Manis, di sini, pada Selasa.

Ibu maut, dua anak cedera kereta bertembung
Seorang wanita maut manakala empat lagi termasuk dua anaknya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Segamat-Kuantan hari ini.

Suami maut, isteri patah tangan motosikal berkuasa besar langgar lori
S Muraly, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala M Lechmy, 53, dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan.

Pelajar MRSM maut, ibu cedera parah dalam kemalangan
Seorang pelajar MRSM Muadzam Shah, Pahang maut manakala ibunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Rembau.

Tragedi 5 penuntut USAS: Keputusan audit keselamatan treler nahas minggu depan
JPJ sedang mengumpulkan maklumat berkaitan KJR (Keselamatan Jalan Raya) dan aspek keselamatan kenderaan perdagangan terhadap treler yang membawa muatan besi tersebut.

Murid Tahun 4 sempat hadir sambutan Aidilfitri di sekolah sebelum maut digilis lori
Seorang murid perempuan Tahun Empat maut digilis lori selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam pada Khamis.

Warga emas maut rempuh plaza tol
Seorang warga emas maut selepas kenderaan dipandunya merempuh Plaza Tol Taman Rimba Templer, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini pada Khamis.

Cadangan jalan pintas kurangkan risiko kemalangan maut di Terowong Menora
Berdasarkan cadangan, jalan pintas sepanjang 64 kilometer itu bermula dari susur keluar Gopeng melalui Siputeh dan berakhir di Kuala Kangsar.