awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut motosikal terbabas langgar besi penghadang

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2024
03:50 MYT
Remaja maut motosikal terbabas langgar besi penghadang
Dalan kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.
GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri bahu jalan di Jalan Kilometer 3 Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Sabtu.
Dalan kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda RS 150 dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.
"Setiba di lokasi, semasa mahu melalui selekoh ke kanan, mangsa telah terbabas dan kemudian melanggar besi penghadang.
"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa maut," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Gua Musang
#remaja maut
#kemalangan motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan