awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut nahas dua kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2022
22:15 MYT
Remaja maut nahas dua kenderaan
Muhammad Azizul Haiqal (gambar kecil) meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terbabit dalam kemalangan. (Gambar kecil: Muhammad Azizul Haiqal)
MELAKA: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan di persimpangan Kampung Bukit Gedong, Jalan Tanjung Kling, di sini, pada Rabu.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Azizul Haiqal Zulkefli, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dipercayai dalam perjalanan dari Tangga Batu menghala ke Tanjung Kling.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, setiba di lokasi kejadian terdapat sebuah kereta jenis Proton Iswara yang berada di hadapan mangsa pada jarak kira-kira tiga buah kenderaan telah memberikan lampu isyarat untuk masuk ke simpang kiri.
Menurutnya, dalam masa sama motosikal mangsa dipercayai bergesel di bahagian kanan kenderaan tersebut lalu hilang kawalan dan melanggar sebuah Proton Saga FLX dari arah bertentangan.
"Akibat kemalangan itu, mangsa terpelanting dan jatuh di atas jalan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan kerana mengalami parah di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
Ujar beliau, kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta jenis proton Saga FLX mengalami kecederaan melecet di tangan manakala pemandu Proton Iswara tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut.
"Kepada mereka yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Azizul Haiqal Zulkefli
#Yamaha 135LC
#Kampung Bukit Gedong
#Jalan Tanjung Kling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan