PUTRAJAYA: Kerajaan mengesyorkan pemberian vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada remaja 12 tahun ke atas yang mempunyai masalah kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat telah membenarkan penggunaan vaksin tersebut kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun pada Mei lalu.
Justeru katanya, suntikan vaksinasi kepada kanak-kanak dan remaja dalam kumpulan berkenaan adalah komponen penting dalam usaha untuk mengawal wabak COVID-19 di negara ini.
"Terdapat cadangan untuk mengutamakan vaksinasi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan bagi mengurangkan penularan COVID-19 di sekolah.
"Berdasarkan status kelulusan bersyarat Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), hanya vaksin COVID-19 dari Pfizer, COMIRNATY, boleh dipertimbangkan untuk kegunaan remaja berusia 12 tahun ke atas di Malaysia," katanya dalam sidang media mingguan bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin di sini, hari ini.
Ditanya mengenai jumlah pemberian dos kepada kumpulan tersebut, Dr Adham berkata, pakar kesihatan telah menyarankan agar pemberian dos dikurangkan kepada mereka.
"Walau bagiamanapun data klinikal untuk dos (berdasarkan) tahap umur atau ikut berat badan perlu diambil kira.
"Data tersebut akan dibentangkan sekiranya kita dapat mulakan program imunisasi (untuk remaja). Kesimpulannya, (jumlah) dos kena berubah berbanding dos untuk dewasa," katanya lagi.
Selain itu, Dr Adham berkata, data terkini juga menunjukkan bahawa risiko keradangan jantung terhadap remaja yang menerima suntikan Pfizer adalah rendah.
Tambah beliau, ia berdasarkan data ujian klinikal melibatkan ribuan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas, serta 2,260 remaja berusia 12 hingga 15 tahun.
"FDA telah memasukkan amaran mengenai kesan sampingan yang jarang berlaku ini iaitu kira-kira satu dalam 15,000 (66.7 per juta) dalam kumpulan umur 12 hingga 17 tahun atau kira-kira 100 kali melebihi yang dijangka," ujarnya.
Beliau dalam masa sama turut memaklumkan, kanak-kanak dengan sistem imun rendah, mempunyai penyakit kronik dan kanser turut boleh dipertimbangkan untuk pemberian vaksin.
Sementara itu, Khairy berkata, remaja yang tidak mempunyai masalah kesihatan pula akan menerima vaksinasi dalam fasa PICK seterusnya.
"Pada minggu lalu, Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan dan saya diberikan taklimat oleh kumpulan pakar JKJAV diketuai Dr Kalai. Kita dapati keputusan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan dan JKJAV adalah baik untuk melindungi kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan.
"Kita setuju untuk pembukaan sekolah, kita bagi vaksinasi kepada guru-guru, kakitangan sokongan sekolah yang terlibat termasuk pemandu bas dan juga remaja," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Mon Jul 05 2021
Dr Adham Baba berkata, suntikan vaksinasi kepada kanak-kanak dan remaja adalah komponen penting dalam usaha untuk mengawal wabak COVID-19 di negara ini - Gambar BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.