awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja mengaku tidak bersalah samun, rogol wanita di hotel bajet

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/08/2022
04:56 MYT
Remaja mengaku tidak bersalah samun, rogol wanita di hotel bajet
Tertuduh K.P Suren (tengah) mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan terhadapnya. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Tindakan kejam seorang remaja yang didakwa melakukan samun sebelum merogol seorang wanita di sebuah hotel bajet, minggu lalu membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
Tertuduh, K.P Suren, 18, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan pertama di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan luar tabii terhadap mangsa yang berusia 34 tahun tanpa kerelaannya.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.
Tertuduh turut didakwa melakukan rompakan wang tunai bernilai RM100 dan sebuah telefon bimbit milik mangsa sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan.
Bagi tindakan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.
Selain itu, tertuduh turut bertindak kejam merogol mangsa sama tanpa kerelaannya sehingga mendatangkan kecederaan terhadap wanita itu dan didakwa di bawah Seksyen 376(2)(a) dan berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah hotel bajet di Taman Paya Rumput, Melaka Tengah antara pukul 1.11 hingga 1.20 pagi, 3 Ogos lalu.
Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari memohon jaminan RM40,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius.
Nariman pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 September ini sebagai sebutan semula kes.
Tertuduh diwakili peguam Suresh Balakrishnan.
Topic Berkaitan
#remaja
#rogol
#samun
#ayer keroh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan