Skip to main content

Malaysia

Remaja mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang basikal

KUCHING, 6 Mei -- Elijah Jeremiah Yeo Shi Xian, 19, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang basikal pada 1 Mei lepas.  Remaja berkenaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.  Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 23 Jun ini untuk pengurusan kes.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Tertuduh didakwa memandu secara berbahaya dan telah melanggar seorang penunggang basikal sehingga menyebabkan kematian di Jalan Stutong, di sini pada 5.30 pagi, Jumaat lepas. - Gambar/ Bernama
Advertisement: No Ad Tag found
Advertisement: No Ad Tag found

KUCHING: Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang basikal pada 1 Mei lepas. 

Elijah Jeremiah Yeo Shi Xian, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Advertisement

Advertisement: No Ad Tag found

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu secara berbahaya dan telah melanggar seorang penunggang basikal sehingga menyebabkan kematian di Jalan Stutong, di sini pada 5.30 pagi, Jumaat lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda maksimum RM50,000 selain hilang kelayakan mendapat lesen memandu bagi tempoh tidak kurang lima tahun dan lesen dibatalkan sekiranya memegang lesen memandu percubaan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 23 Jun ini untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fillanny Siji, manakala tertuduh diwakili peguam Daniel Ling.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video