MALAYSIA
Remaja OKU dilapor hilang ketika cari lembu

Setakat 12 tengah hari, katanya pasukan operasi belum menemukan sebarang petunjuk berkaitan kehilangan remaja itu. -Sinar Harian
MELAKA: Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dikhuatiri sesat selepas dipercayai keluar mencari lembu yang hilang di dalam hutan di Kampung Permatang Pasir, di sini petang semalam.
Ringkasan AI
- Seorang remaja lelaki OKU pembelajaran, Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, dikhuatiri sesat selepas keluar mencari lembu yang hilang di hutan Kampung Permatang Pasir, Melaka, petang semalam.
- Operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh JBPM Melaka bersama polis dan orang awam sejak malam tadi, namun setakat tengah hari ini masih belum menemui sebarang petunjuk.
- Ibu mangsa menyedari kehilangan selepas anaknya tidak pulang seperti biasa, dan yakin anaknya tidak pergi jauh kerana tidak suka melepak atau keluar bersama rakan.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Akhbar Abdol Karim dengan dibantu enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu.
Setakat 12 tengah hari, katanya pasukan operasi belum menemukan sebarang petunjuk berkaitan kehilangan remaja itu.
Ibu remaja itu, Siti Norehan Azhar, 38, berkata anak kedua daripada enam beradik yang mesra disapa 'Gemuk' itu disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas menjalankan rutin hariannya menjaga 13 ekor lembu milik bapa saudaranya.
Norehan berkata setiap hari lepas sekolah, Muhamad Aidil Asyraf akan menguruskan lembu dan pulang ke rumah sekitar 7 malam.
"Selepas 8 malam tadi, saya mula rasa pelik dan tidak sedap hati kerana Muhamad Aidil Asyraf masih tidak pulang. Sepupunya keluar mencarinya serta melaungkan azan di sekitar kawasan kandang.
"Kira-kira 10 malam, kami menemukan lembu yang hilang di kolam terbiar di hutan berhampiran namun Aidil (Muhamad Aidil Asyraf) masih tidak kelihatan," katanya yang yakin anaknya tidak pergi jauh kerana remaja itu tidak suka melepak atau keluar bersama rakan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami