awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
Edits perkenal fungsi tambah pautan dalaman pada Reels
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja OKU dituduh bunuh lelaki warga emas

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
01/07/2025
03:40 MYT
Remaja OKU dituduh bunuh lelaki warga emas
Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) intelektual dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang warga emas. - Foto Sinar Harian
TANAH MERAH: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) intelektual, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di Kampung Buluh pada 19 Jun lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh mangsa, Shamsudin Mohamed, 60, di hadapan sebuah kedai runcit di Kampung Buluh antara jam 6 hingga 6.30 petang, 19 Jun lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta minimum 12 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 2 September sebagai tarikh sebutan semula kes, termasuk pembentangan laporan kimia dan perubatan.
Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi, susulan satu teguran terhadap tertuduh yang didakwa menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan kampung.
Mangsa mengalami kecederaan parah di muka dan rebah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Topic Berkaitan
#OKU
#warga emas
#bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan