NATIONAL
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah

Nirma kali terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Seri Makmur, Ulu Kinta, ketika kedua ibu bapanya keluar bekerja. -Sinar Harian/PDRM
IPOH: Polis meminta bantuan awam mengesan seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarga, Jumaat lalu.
Ringkasan AI
- Polis meminta bantuan awam untuk mengesan Nirma Jimmy, remaja perempuan Orang Asli berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
- Nirma kali terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Seri Makmur, Ulu Kinta, ketika kedua ibu bapanya keluar bekerja.
- Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhamad Nor Abd Aziz di talian 019-5744936 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500.
"Mangsa tidak bersekolah dan tidak bekerja. Apabila kedua ibu bapanya pulang sekitar jam 6 petang, anaknya didapati hilang.
"Usaha mencari di rumah jiran dan neneknya didapati tiada dan disyaki remaja terbabit telah melarikan diri," katanya di sini pada Selasa.
Tambah beliau, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhamad Nor Abd Aziz di talian 019-5744936 atau lbu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Sajidan berkata, usaha mengesan seorang lagi remaja berusia 17 tahun ditamatkan apabila lelaki itu berjaya dijumpai.
"Remaja yang bekerja sebagai pembantu mekanik motosikal itu dilaporkan hilang oleh bapa angkatnya sejak Jumaat lalu.
"Dia dijumpai di sebuah rumah pangsa di Buntong. Difahamkan remaja itu saja keluar untuk tinggal bersama rakannya," katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami