awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan tahan sakit 20 minit, tangan tersepit 'sprocket' motosikal

Aida Aziz
Aida Aziz
04/10/2020
05:37 MYT
Remaja perempuan tahan sakit 20 minit, tangan tersepit 'sprocket' motosikal
Anggota JBPM bertindak menggunakan peralatan khas menyelamat untuk mengeluarkan tangan yang tersepit. - Foto JBPM
TELUK INTAN:Seorang remaja perempuan terpaksa menahan sakit selama 20 minit selepas tangan kirinya tersepit di 'sprocket' (gegancu) ketika membonceng motosikal di Kampung Bahagia di sini pada Ahad.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata mangsa dikenali sebagai Nur Farisya Mohd Rawi, 17, membonceng motosikal yang ditunggang oleh adiknya.
"Pihak bomba terima panggilan pada jam 8.30 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian.
"Mangsa terpaksa menahan kesakitan selama 20 minit sebelum anggota berjaya keluarkan tangan kirinya yang tersepit.
"Ketika kejadian dipercayai motor dalam keadaan bergerak dan ketika itu mangsa sebagai pembonceng cuba membetulkan seluarnya lalu tersepit di 'sprocket' motosikal.
"Tangan kiri mangsa mengalami kecederaan yang agak teruk," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, anggota bertindak menggunakan peralatan khas menyelamat untuk mengeluarkan tangan yang tersepit seterusnya menyerahkan mangsa kepada petugas kesihatan untuk rawatan lanjut.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9 pagi.
Topic Berkaitan
#remaja
#tangan
#remaja tersepit
#sprocket
#JBPM
#bomba
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan