awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman ibu amang seksual anak lelaki 14 tahun disambung tiga hari

Bernama
Bernama
07/05/2023
10:30 MYT
Reman ibu amang seksual anak lelaki 14 tahun disambung tiga hari
Reman terhadap wanita berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi tadi.
SHAH ALAM: Reman seorang ibu yang dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun disambung selama tiga hari, bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata reman terhadap wanita berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi tadi.
"Sambung reman hingga 10 Mei 2023 (Rabu)," jawabnya ketika dihubungi Bernama petang ini.
Pada 4 Mei lepas, Bernama melaporkan seorang ibu lima anak direman lima hari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, dekat sini pada 2 Mei selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amang seksual
#anak lelaki berusia 14 tahun
#Mahkamah Majistret Kuala Selangor
#Puncak Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan