SEPANG: Reman terhadap seorang lelaki untuk siasatan kes pukul pekerja restoran di Cyberjaya di sini, dilanjutkan dua hari bermula Ahad.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, reman terhadap suspek berusia 50 tahun itu dibuat selepas reman pertama selama tiga hari tamat hari ini.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan lelaki terbabit kini disambung reman selama dua hari sehingga Isnin.
“Polis sedang mengemas kini siasatan berhubung kejadian itu,” katanya pada Ahad.
Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan tindakan seorang lelaki disyaki mabuk yang mengambil makanan dengan menggunakan jari di sebuah restoran di sini pada 16 Mac bertukar kecoh selepas ditegur pekerja premis berkenaan.
Siasatan awal mendapati lelaki itu datang bersama dua rakannya ke restoran itu untuk makan.
Salah seorang suspek disyaki mabuk ditegur kerana mengambil makanan menggunakan jari membuatkannya berang sebelum bertindak agresif dengan memukul pekerja berkenaan hingga cedera di leher, kepala, bahu kiri dan telinga.
Kekecohan turut berlaku membabitkan dua rakan suspek.
Susulan itu, polis telah menahan ketiga-tiga lelaki terbabit pada Jumaat secara berasingan.
Suspek pertama kemudian telah direman tiga hari bermula Jumaat manakala dua lagi rakannya yang memiliki rekod jenayah dan dadah juga direman tiga hari bermula Sabtu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 19 2023
Reman terhadap seorang lelaki untuk siasatan kes pukul pekerja restoran di Cyberjaya di sini, dilanjutkan dua hari bermula Ahad. -Gambar fail/Video tular
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Reman lelaki pukul pekerja restoran dilanjut
Reman terhadap suspek berusia 50 tahun itu dibuat selepas reman pertama selama tiga hari tamat hari ini.