awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman Long Tiger, tiga lelaki disambung hingga Isnin

Bernama
Bernama
01/01/2022
20:40 MYT
Reman Long Tiger, tiga lelaki disambung hingga Isnin
Sebelum ini, Abdul Hamim dan tiga lelaki dibenarkan direman empat hari bermula Rabu lepas, oleh Mahkamah Majistret Tangkak. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Tempoh reman ke atas Long Tiger, lelaki etnik Rohingya yang ditahan semula selepas melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Dis lepas, disambung dua hari lagi hingga Isnin depan.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam kenyataan berkata tiga lagi lelaki dipercayai rakan Long Tiger, turut disambung reman bagi tempoh sama.
Majistret Zaridah Y. Abdul Jaafar membenar lanjutan reman tersebut menerusi permohonan di Mahkamah Majistret Tangkak, semalam.
Sebelum ini Long Tiger atau Abdul Hamim Ab Hamid, 32, dan tiga lelaki berusia 36, 38 dan 46 tahun dibenarkan direman empat hari bermula Rabu lepas hingga semalam oleh Mahkamah Majistret Tangkak.
Abdul Hamim yang berjaya ditahan semula di Kedah pada 28 Dis lepas disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan manakala tiga lelaki itu mengikut Seksyen 216 kanun sama kerana menyembunyikan tahanan.
BACA: Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Pada 15 Dis lepas, Abdul Hamim dipercayai meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum bermula perbicaraan kes mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
Abdul Hamim pada masa sama turut berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta Seksyen 376 kanun sama kerana merogol.
Mahkamah | Long Tiger, tiga lelaki disambung reman
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#reman
#Long Tiger
#ayob khan mydin pitchay
#melarikan diri dari lokap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan