awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Long Tiger', rakan subahat direman empat hari

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
29/12/2021
02:37 MYT
'Long Tiger', rakan subahat direman empat hari
Sebelum ini, Long Tiger berjaya melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak. - Astro AWANI
TANGKAK: Lelaki berketurunan Rohingya yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’, bersama tiga individu dipercayai rakannya direman empat hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Perintah tahanaan reman terhadap Abdul Hamim Ab Hamid, 32, dan tiga lagi lelaki masing-masing berusia 36, 38 dan 46 tahun sehingga 1 Januari itu, dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin.
Penahanan ‘Long Tiger’ yang ditahan di Sungai Petani petang semalam, bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan manakala tiga lagi individu itu disiasat mengikut Seksyen 216 Kanun sama kerana menyembunyikan tahanan.
BACA: 'Long Tiger' dicekup semula
Terdahulu, ‘Long Tiger’ yang menjadi buruan polis selepas meloloskan diri dari tahanan sejak 15 Disember lalu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8 pagi dengan dikawal ketat oleh kira-kira 20 pegawai dan anggota polis.
Tiga rakan subahatnya itu masing-masing difahamkan ditahan di Sungai Petani, Kedah serta Yong peng dan Batu pahat di Johor menerusi operasi khas yang dijalankan pada semalam.
Sebelum ini, ‘Long Tiger’ berjaya melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret di sini terhadap Seksyen 388 Kanun Keseksaan yang dihadapinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 pagi itu, suspek dikesan lolos menggunakan pintu hadapan kompleks mahkamah berkenaan dalam keadaan tangan bergari.
Polis kemudian membuat beberapa tangkapan termasuk sepasang suami isteri yang disyaki rakan subahat kepada ‘Long Tiger’ yang berusia 41 dan 43 tahun di Balai Polis Bukit Gambir, kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
Selain itu, dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini selepas dipercayai terbabit secara langsung sehingga suspek berjaya melarikan diri turut ditahan kerja.
Peguam yang mewakili suspek turut menarik diri daripada mewakili lelaki itu susulan perbuatannya meloloskan diri daripada lokap mahkamah berkenaan.
Untuk rekod, selain Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, tertuduh juga masih berdepan dua perbicaraan dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 506 kanun sama kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya.
Topic Berkaitan
#Long Tiger
#reman
#rakan
#Abdul Hamim Ab Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan