awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
Negara-negara Arab kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Long Tiger' dicekup semula

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
28/12/2021
12:13 MYT
'Long Tiger' dicekup semula
Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab Hamid, dicekup dalam operasi khas yang dijalankan oleh sepasukan polis sejak 15 Disember lalu.
TANGKAK: ‘Long Tiger’, lelaki berketurunan Rohingya yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret di sini sebelum ini diberkas semula.
‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab Hamid, 32, dicekup dalam operasi khas yang dijalankan oleh sepasukan polis sejak 15 Disember lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka mengadakan sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor esok berhubung penahanan suspek berkenaan.
Pada 15 Disember lalu, suspek melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret di sini terhadap Seksyen 388 Kanun Keseksaan yang dihadapinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 pagi itu, suspek dikesan lolos menggunakan pintu hadapan kompleks mahkamah berkenaan dalam keadaan tangan bergari.
Polis kemudian turut menahan sepasang suami isteri yang disyaki rakan subahat kepada ‘Long Tiger’ yang berusia 41 dan 43 tahun di Balai Polis Bukit Gambir, kira-kira 12.30 tengah malam.
Selain itu, dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini selepas dipercayai terbabit secara langsung sehingga suspek berjaya melarikan diri turut digantung kerja.
Untuk rekod, selain Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, tertuduh juga masih berdepan dua perbicaraan dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 506 kanun sama kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya.
Topic Berkaitan
#Long Tiger
#Abdul Hamim Ab Hamid
#lelaki Rohingya
#dicekup semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan