awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
SIS Forum: Peguam seru kreativiti, konsultasi dalam fatwa
MALAYSIA
Muhamad Norazlan dilantik Panglima Tentera Udara ke-21
MALAYSIA
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan

Bernama
Bernama
31/12/2021
02:52 MYT
Sponsor Banner
Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Kertas siasatan membabitkan kes 'Long Tiger', lelaki etnik Rohingya yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak baru-baru ini, hampir siap. -Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kertas siasatan membabitkan kes 'Long Tiger', lelaki etnik Rohingya yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak baru-baru ini, hampir siap.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Abdul Hamim dan tiga lelaki berumur 36 hingga 46 tahun direman empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, selepas Abdul Hamim dilaporkan melarikan diri dari lokap mahkamah itu pada 15 Dis lepas, sebelum perbicaraan kesnya bermula.
Selain Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, Abdul Hamim juga masih berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol serta Seksyen 506 kanun sama kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Long Tiger
#Ayob Khan
#melarikan diri dari lokap Mahkamah
#ketua polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami