awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman suspek kes culik Albertine Leo disambung enam hari

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
29/07/2024
02:40 MYT
Reman suspek kes culik Albertine Leo disambung enam hari
Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dengan tangan bergari tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bharu pada 8.50 pagi tadi.
JOHOR BAHRU: Tempoh reman ke atas suspek lelaki kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, disambung bermula esok hingga Ahad ini (4 Ogos).
Permohonan reman dibenarkan oleh Majisteret Noorfazlin Hamdan selama enam hari bagi menjalankan siasatan terhadap suspek berusia 31 tahun, dibawah seksyen 365 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak -kanak 2017 kerana sentuhan fizikal terhadap kanak-kanak.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dengan tangan bergari tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bharu pada 8.50 pagi.
Suspek sebelum ini telah direman bermula Jumaat lepas (23 Julai) hingga hari ini selepas ditahan pada Selasa lalu pada pukul 4.45 pagi, di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor bersama dengan mangsa.
Sementara itu, pada Jumaat lalu, empat suspek iaitu dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 28 hingga 55 tahun kes penculikan kanak-kanak tersebut dibebaskan dengan jaminan polis.
Pada 20 Julai lalu, Albertine Leo disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam ketika berada di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, dekat sini.
Susulan kehilangan kanak-kanak itu, polis menahan tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita di sekitar Gelang Patah kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Johor,, M. Kumar kemudian mengklasifikasi semula laporan orang hilang yang dibuat bapa mangsa sebelum ini kepada kes penculikan.
Topic Berkaitan
#Albertine Leo Jia Hui
#kes culik
#kanak-kanak perempuan diculik
#Iskandar Puteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan