Di sebuah ladang di Enggor di sini terdapat seekor kambing yang dilabel sebagai kambing 'handsome' dek kerana remos atau jambulnya yang berbelah tengah serta janggut panjang berwarna putih kekuningan.
Kambing berbulu putih bersih itu merupakan satu daripada 17 ekor baka Saanen yang ada di ladang Muhammad Livestock Farm yang kini tular sehingga ke negara jiran.
Seorang daripada pengendali ladang itu, Ahmad M. Fadzir, 21, graduan diploma perakaunan dari Universiti Sultan Azlan Shah di sini berkata sesuai dengan rupanya, kambing berumur 11 bulan itu diberi nama Remos.
Ketika diambil daripada pembekal di Terengganu pada Mac lalu, tiada sebarang keunikan atau keistimewaan yang dikesan.
"Hanya bulan lepas saya ambil gambar kambing ini menggunakan kamera (sebelum ini guna telefon), barulah saya perasan yang ia lain daripada yang lain. Kemudian saya muat naik dalam Facebook," katanya ketika ditemui Bernama di ladangnya di sini.
Ahmad berkata, satu lagi yang menarik perhatian pada haiwan itu ialah sifat pemalunya lebih-lebih lagi bila ia berdepan dengan orang yang baru ketemu.
"Kadang-kadang kalau saya sendiri hendak pegang pun, ia lari dan menjauhkan diri," katanya.
Ternyata, Remos bukan sahaja kambing yang 'handsome', tetapi pemalu kerana usaha Bernama untuk merakam gambarnya tidak semudah dijangka.
Perkongsian beberapa keping gambar Remos oleh Ahmad di Facebook Muhammad Livestock Farm baru-baru ini mendapat perhatian ramai netizen sehingga menjadi tular.
Ahmad yang menguruskan ladang itu bersama kembarnya Muhammad, berkata pihaknya tidak bercadang menjual Remos walaupun banyak pihak menawarkan harga menarik.
"Saya tidak fikir hendak jual kerana mahu jadikan ia bapa (baka jantan). Selain itu kambing ini juga telah menjadi ikon kepada ladang kami," katanya.
Ahmad dan kembarnya mengambil alih ladang itu daripada ayah mereka sekitar tahun 2016,
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2019
Kambing yang dinamakan Remos (dua, kiri) menjadi tular baru-baru ini kerana keunikan sifatnya yang mempunyai jambul berbelah tengah serta janggut panjang berwarna putih kekuningan. --fotoBERNAMA
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Remos kambing 'handsome' yang pemalu
Kambing berbulu putih bersih itu merupakan satu daripada 17 ekor baka Saanen yang ada di ladang Muhammad Livestock Farm yang kini tular sehingga ke negara jiran.