GEORGE TOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 66 notis saman kepada lima bengkel yang dipercayai mengubah suai motosikal secara haram di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram di negeri ini.
Pengarahnya Adenan Md Isa berkata menerusi Ops Bengkel itu, pihaknya telah memeriksa lima bengkel dan mendapati 24 motosikal yang terdapat di situ melakukan pelbagai kesalahan berkaitan mengubah suai tanpa kebenaran.
"Dalam pemeriksaan di lima buah bengkel itu, sebanyak 66 notis saman dikeluarkan melibatkan 30 kesalahan iaitu memasang tayar sotong, mengubah ekzos, memasang alat mengawal kelajuan, mengubah sistem enjin, mengubah lengan ayun dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu di sebuah bengkel motosikal di Jalan Gudwara, di sini hari ini.
Operasi selama dua jam bermula 1 tengah hari itu, disertai 120 pegawai dan anggota JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Adenan berkata notis saman dikeluarkan mengikut Seksyen 6 dan Sekyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pengusaha bengkel serta pemilik motosikal diarahkan untuk membetulkan semua motosikal yang telah diubah suai kepada standard.
Katanya dalam operasi itu juga, pihaknya menasihatkan pemilik bengkel agar menghentikan proses ubah suai motosikal secara haram bagi memastikan kegiatan lumba haram atau merempit tidak dilakukan oleh geng mat rempit.
"Pemeriksaan kami mendapati antara proses ubah suai yang sering dilakukan mereka ialah melibatkan pemotongan brek motosikal bagi meningkatkan kelajuan enjin kerana apabila motosikal ditanggalkan brek, geseran tidak berlaku pada tayar dan ia membolehkan enjin mempunyai kuasa memecut yang lebih laju," katanya.
Beliau berkata bengkel motosikal di Jalan Gudwara sering menjadi tumpuan mat rempit untuk mengubah suai motosikal secara haram dan ia pernah diserbu tahun lepas malah dikenakan saman kerana kesalahan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
Anggota JPJ melakukan pemeriksaan motosikal ketika menjalankan Ops Bengkel di sebuah bengkel motosikal di Pulau Pinang hari ini. - Gambar/ Bernama
12 samseng jalanan ditahan, 57 motosikal disita di Taiping
Operasi yang diadakan bukan saja untuk membanteras samseng jalanan tetapi juga untuk mengurangkan kes kemalangan dan jenayah jalanan.
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion
Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Aut
Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
Aidilfitri: JPJ rancang strategi, operasi pastikan bas selamat
JPJ Selangor melaksanakan 843 pemeriksaan di terminal bas di Seksyen 17, di sini dan Jalan Reko, Bangi, sepanjang 18 hari Ramadan.
Rempit: JPJ saman bengkel potong brek untuk tingkat kelajuan
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 66 notis saman kepada lima bengkel yang dipercayai mengubah suai motosikal secara haram di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya.
Enam hari operasi, lebih 10,000 saman dikeluarkan
Paling mengejutkan, sejumlah 4,010 saman adalah kesalahan tidak memiliki lesen penuh atau CDL.