awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rempuh belakang lori, mangsa terpaksa tahan sakit akibat tersepit

Sinar Harian
Sinar Harian
01/07/2024
09:40 MYT
Rempuh belakang lori, mangsa terpaksa tahan sakit akibat tersepit
Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40-an melanggar belakang sebuah lori jenis Isuzu. -Foto Sinar Harian
KUALA LANGAT: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih lapan minit akibat tersepit selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah lori dalam kemalangan dekat Jalan Banting di kawasan industri di sini pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2.43 petang.
"Seramai enam anggota dari Balai Bomba Telok Panglima Garang kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat.
"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40-an melanggar belakang sebuah lori jenis Isuzu," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Katanya, kejadian mengakibatkan kaki mangsa tersepit di bahagian pemandu.
"Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit yang berjaya dikeluarkan pada jam 2.59 petang.
"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Banting
#rempuh belakang lori
#Balai Bomba Telok Panglima Garang
#kaki mangsa tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan